32 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Dan Hujan Batu Di Dabong, Kuala Krai

KUALA KRAI – Baru sahaja pulih dari bencana bah kuning Disember 2014, penduduk Dabong sekali lagi diuji apabila 32 rumah rosak dalam kejadian ribut dan hujan batu.

rumah

Kejadian kedua terburuk selepas banjir bah kuning itu menyebabkan majoriti bumbung rumah mangsa terlibat, diterbangkan angin.

Tinjauan mendapati ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu kebanyakkan mangsa sedang berehat dalam rumah.

Seorang mangsa,Che Som Mat Ali, 52, hanya mampu melaungkan kalimah Allahuakbar sebaik melihat ribut beserta hujan lebat yang telah menerbangkan bumbung rumahnya.

rumah2

Menurutnya,dia yang baru ke bahagian belakang rumahnya tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mencari tempat berlindung di tepi rumahnya.

“Saya sempat lihat zink melayang ke belakang rumah ketika hujan lebat. Pada masa sama kelihatan angin berpusar-pusar,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Walaupun bumbung bahagian bilik rumahnya habis diterbangkan angin seterusnya menyebabkan tilam dan barang dalam bilik tersebut basah dia tetap bersyukur anak-anak dan suaminya selamat.

Sumber: Sinar Harian

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.