7 Zaman Dalam Kelantan Purba, Antaranya Empayar Jawadwipa Dan Sriwijaya

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, sejarah Kelantan Purba mencatatkan 7 zaman yang pernah wujud di Kelantan. Antara zaman-zaman tersebut adalah zaman Empayar Jawadwipa, zaman Empayar Sriwijaya, zaman Empayar Sampugita, zaman Empayar Jawaka-Malayur, zaman Empayar Majapahit, zaman Negara Pattani dan zaman Kelantan Merdeka. Kesemua zaman ini mempunyai sejarah yang agak panjang, jadi dalam penulisan ini saya hanya akan menceritakan dua zaman sahaja iaitu zaman Empayar Jawadwipa dan zaman Empayar Sriwijaya. Zaman-zaman yang lain insya Allah akan saya ceritakan di lain artikel.

Berabad dahulu semasa Kelantan dibawah Empayar Jawadwipa, Kelantan diberi nama “Medang Kamulan” yang sama ertinya dengan “Medang Permulaan” yang bermaksud “Teras (kayu) Medang”. namun, pada abad pertama, nama “Medang Kamulan” telah berubah kepada “Medang Gana” dan kekal hingga abad ke-5. Rajanya pada masa ini bergelar Sri Kripawarman atau lebih dikenali sebagai Wan Pa. Wan Pa merupakan pengasas keluarga DiRaja Kelantan yang paling lama dalam sejarah yang berterusan sehingga awal abad ke-17.

contoh

Semasa zaman pemerintahannya, Wan Pa merupakan seorang pemerintah yang cukup hebat. Beliau telah berjaya menakluk banyak negara dalam semenanjung dan menggelarkan rakyatnya dengan panggilan “Jawa” dan tanah yang ditaklukinya digelar sebagai “Jawadwipa yang bermaksud Kawasan Jawa. Nama ini dipakai diseluruh Asia Tenggara setelah Wan Pa berjaya menakluk Nusantara dan nama gelaran ini kekal untuk beberapa abad. Namun kini, nama tersebut hanya digunakan oleh Pulau Jawa sahaja.

Wan Pa juga mempunyai dua saudara yang cukup terkenal iaitu Maliniwarman (Wan Malini) dan Kaundinyawarman (Wan Kaundinya). Wan Kaundinya merupakan pengasas kepada negara Gunung yang terletak di Kemboja atau dalam catatan sejarah Chinanya dikenali sebagai Fu-nan yang bermaksud Gunung. Zaman Empayar Jawadwipa ini dikatakan mengalami kejatuhan selepas diserang oleh Kerajaan Funan.

jawad

Setelah Jawadwipa jatuh ke tangan Funan pada abad ke-5, Kelantan dikenali sebagai “Kalatana” yang bermaksud “Tanah Kala”. Dalam catatan China juga, Kelantan dikenali sebagai Ho-Lo-Tan. Namun begitu, pada pertengahan abad ke-6, nama Kelantan sekali lagi berubah apabila salah seorang rajanya yang bernama Gautama menentang pemerintah Funan. Untuk menepis serangan maharajanya, Beliau telah memindahkan ibu kotanya ke ulu Kelantan yang dilindungi alam semulajadi. Gautama telah menamakan negerinya sebagai Raktamrittika yang bermaksud Negeri Tanah Merah. Negeri ini juga dikatakan sangat kaya dengan emas.

Pada abad ke-7 pula, muncul zaman baru yang dikenali sebagai Sri Wijaya Mala. Nama kepada zaman ini diberikan oleh maharajanya yang bergelar Sri Jayanaga. Manakala, dalam riwayat kelantan, baginda lebih terkenal dengan gelaran Raja Ahmad atau Tok Raja Jawa dan nama sebenar baginda ialah Prabhasadharma. Baginda juga merupakan cicit kepada Gautama yang sebelumnya telah membuka negeri Raktamrittika dan kalau diikutkan banyak lagi gelaran lain yang dipakai oleh baginda.

sriwijaya2

Sri Jayanaga ini telah menakluk seluruh semenanjung dan mengisytiharkan tanah jajahannya sebagai Sriwijaya. Seterusnya, baginda turut menakluk kepulauan Sumatera dan seluruh Asia Tenggara. Nama semenanjung pada zaman baginda, telah menggunakan kembali nama Jawadwipa. Menurut kajian yang dilakukan, pusat pentadbiran Sriwijaya terletak di Pantai Timur semenanjung. Pernyataan ini dinyatakan berdasarkan catatan I-Ching dan juga dua orang sami Buddha yang singgah dalam pelayaran mereka dari China ke India. mereka dikatakan singgah di negeri Melayu pada 671 Masihi yang ketika itu negeri tersebut mempunyai pemerintahan mereka sendiri.

Secara ringkasnya, Empayar Sriwijaya mengalami kejatuhan setelah kemangkatan maharaja Sri Wijaya. empayar ini telah dipecahkan kepada dua orang puteranya yang mana terbahagi kepada dua bahagian iaitu daratan dan kepulauan. Bahagian daratan diperintah oleh Sri Maharaja Dwipantra yang terkenal dengan gelaran Maharaja Dipang dan memerintah dari Sriwijaya Mala (kelantan). Bahagian kepulauan pula diperintah oleh putera baginda yang kedua iaitu Maharaja Dhiraja yang memerintah Kota Matajap berhampiran Kuala Sungai Musi, Sumatera.

sriwijaya

Semasa zaman ini juga, nama Sri Wijaya Mala telah ditukar kepada Medang Bhumi dan Empayar Tanah Sri Indah Sekebun Bunga. Empayar Srwiwijaya ini dikatakan telah dibangunkan kembali oleh cucu Sri Jayanaga yang bergelar Sanjaya atau Sanjaya Putera dan gelarannya yang paling terkenal di Kelantan adalah Dewa Muda. Semasa pentadbiran Sanjaya , baginda telah berjaya menawan Pantai Timur sehinggalah ke Benua Afrika sepertimana yang telah dirancang. Sanjaya dikatakan telah mangkat pada tahun 829 Masihi di Medang Bhumi. Sebelum mangkat, baginda sempat berpesan agar menamakan tanah yang akan ditakluk oleh tenteranya sebagai Empayar Sampugita.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.