Air Terjun Jelawang Di Kelantan Paling Tinggi Di Asia Tenggara

Air Terjun Jelawang adalah sebuah tempat yang menarik dan telah menjadi salah satu daya tarikan kepada para pelancong termasuklah pelancong-pelancong dari luar negara. Air terjun ini merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara apa yang menarik tentang air terjun ini adalah aliran airnya bukanlah seperti air terjun yang lain sebaliknya airnya mengalir dari celah-celah batu yang tinggi.

Air Terjun Jelawang ini terletak di atas salah sebuah Gunung Stong dan diliputi dengan panorama alam yang mampu menggoda hati pelancong untuk menikmati keindahannya. Air Terjun Jelawang telah lama mendapat tempat di hati pelancong termasuklah pelancong asing. Hal ini kerana, Air terjun Jelawang merupakan antara salah satu daripada lima tempat pelancongan yang menarik dan tertinggi dalam Malaysia.

Air Terjun Jelawang

Bagi pelancong yang ingin berkunjung ke Gunung Stong ini, mereka mempunyai tiga jalan pilihan yang boleh diambil. Jalannya yang pertama ialah dari Kota Bharu, pelancong boleh melalui Jeli, kemudian ke Kuala Balah, ke Dabong dan seterusnya ke Gunung Stong. Perjalanannya adalah kira-kira sejauh 183km. jalan yang kedua pula adalah dari Kota Bharu ke Kuala Krai ke Sungai Sam ke Dabong dan terus ke Gunung Stong.

Air Terjun Jelawang

Jarak ini lebih dekat kira-kira 150km. manakala, bagi mereka yang ingin menjimatkan lagi masa bolehlah pilih jalan yang ketiga ini iaitu, dari Kota Bharu ke Kuala Krai, ikut Jalan Air ke Dabong dan terus ke Gunung Stong. Perjalanannya hanyalah 105km. Antara kemudahan yang terdapat di air terjun ini ialah chalet, surau dan tapak perkhemahan atau dikenali juga sebagai Kem Baha. Apa yang menarik lagi tentang air terjun ini adalah persekitarannya yang sememangnya mampu memukau mata yang memandang.

Air Terjun Jelawang

Tempat ini sesuai bagi mereka yang cintakan alam semula jadi dan ingin berehat daripada kesesakan kota. Terdapat pelbagai spesies tumbuhan seperti bunga Refflesia. Pokok palma dan orkid yang semestinya menjadi tarikan untuk para pelancong. Selain itu, para pelancong juga berpeluang menikmati keindahan panorama matahari terbit dari atas puncak air terjun.

Air Terjun Jelawang

Sememangnya keindahan alam semula jadi mampu memikat hati pelancong dan menjadi salah satu pakej yang istimewa untuk mereka. Sesiapa yang berkunjung ke sini pastinya tidak akan dapat melupakan kemanisan kenangan yang tercipta. Panorama di sekekliling Gunung Stong ini juga banyak menyimpan seribu satu kenangan pengunjungnya yang pasti akan membuahkan bibit rindu.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.