Air Terjun Lata Hujan Tanah Merah, Kelantan

Di Tanah Merah terdapat kawasan air terjun yang popular dalam kalangan penduduk setempat iaitu Air Terjun Lata Hujan yang terletak di Hutan Simpan Ulu Kusial. Air terjun ini juga turut dikenali oleh pelancong luar untuk dijadikan sebagai tempat rekreasi lantaran airnya yang jernih disamping adanya kemudahan awam seperti tandas awam, mussala, wakaf rehat serta sesuai untuk dijadikan tempat untuk berkhemah ataupun menjalani apa-apa latihan dan kursus.

hujan

Air Terjun Lata Hujan ini juga dikatakan lebih cantik dan menarik berbanding air terjun di kawasan lain ditambah lagi dengan keindahan alam semulajadinya yang mampu memikat hati pelancong. Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, Lata Hujan kini telah menjadi tarikan utama pelancongan bagi Jajahan Tanah Merah kerana ianya mampu menarik ramai pelancong dari dalam mahupun luar negeri.

lata1

Selalunya, Lata Hujan akan menjadi destinasi tumpuan apabila tibanya musim cuti persekolahan kerana Lata Hujan ini sangat sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga bahkan turut dijadikan tempat berkelah bagi mereka yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi yang cukup indah.

lata3

Menurut cerita orang tempatan, Lata Hujan ini telah dibuka selepas kemerdekaan tanah Melayu iaitu pada tahun 1957. Nama Lata Hujan ini diambil sempena seburan ataupun dalam dialek Kelantan disebut “piah”. Air terjun ini juga turut dikenali sebagai Lata Hujan Ulu Kusial bagi masyarakat setempat.

lata2

Dahulunya, air terjun ini kurang dikenali oleh pelancong luar tetapi setelah adanya usaha oleh pihak yang bertanggungjawab, Lata Hujan ini akhirnya berjaya dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan di Kelantan. Diharapkan, Lata Hujan yang sememangnya terkenal dengan air terjunnya yang cantik dan bersih akan tetap terjaga serta bebas daripada sebarang pencemaran.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.