Antara Istana-Istana Raja Di Kelantan

Istana Jahar

jahar

Istana Jahar terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar. Istana ini adalah di antara istana-istana yang menarik yang terdapat di sekitar bandar Kota Bharu. Malah, Istana Jahar ini juga telah mula dibina dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar. Tujuan pembinaan Istana Jahar oleh Sultan Muhammad II ini adalah untuk dikurniakan kepada cucundanya yang bernama Long Kundur Bendahara. Berikutan kemangkatan Sultan Muhammad II pada tahun 1886, takhta negeri Kelantan diganti oleh Long Sulong yang memerintah dengan gelaran Sultan Ahmad. Pada masa pemerintahan baginda, Istana Jahar diteruskan pembinaannya sehingga siap.

Pada tahun 1889, setelah tiga tahun di atas takhta Kerajaan, Sultan Ahmad mangkat dan digantikan oleh Long Kundur Bendahara dengan memakai gelaran Sultan Muhammad III. Baginda Sultan Muhammad III telah menjadikan Istana Jahar sebagai tempat persemayaman baginda, selain daripada Istana Balai Besar. Sultan-sultan Kelantan yang kemudian seperti Sultan Ibrahim (1944-1960) dan Sultan Yahya Petra (1961-1979) tidak lagi bersemayam di Istana Jahar sebaliknya mempunyai istana sendiri. Istana Jahar kini telah dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan.

Istana Balai Besar

82433557

Istana Balai Besar yang terletak di Kota Bharu merupakan istana yang dibina oleh Sultan Muhammad II sebagai Istana dan pusat pentadbiran yang baru untuk menggantikan Kota Lama yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran sebelumnya.
Istana Balai Besar kemudiannya telah menjadi tempat bersemayam beberapa orang Sultan Kelantan iaitu bermula dari Sultan Muhamad II (1839-1886), Sultan Ahmad (1886-1889), Sultan Muhammad III (1890-1891) dan Sultan Muhammad IV.
Upacara pertama sekali yang diadakan setelah istana ini siap dibina pada tahun 1845, adalah Istiadat Menyambut Surat Sejabat atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada Sultan Muhamad II.

Istana Sultan Muhammad V

istana

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke V bersama Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan mencemar duli ke Majlis Solat Hajat dan Upacara Perletakan Batu Asas Pembinaan Istana Kelantan di Lembah Sireh belakang Istana Kota Lama, turut hadir sama pembesar-pembesar negeri dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Istana Kelantan ini akan dibina di tepi Sungai Kelantan di Kawasan Projek Pembangunan Lembah Sireh iaitu betul-betul di belakang Istana Kota Lama.

Untuk makluman, pembinaan Istana Kelantan adalah untuk memberi ‘rumah baru’ kepada Sultan Muhammad V kerana selama ini baginda bersemayam di Istana Telipot yang mana istana tersebut sepatutnya menjadi tempat bersemayam Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra yang kini baginda juga ‘menumpang’ di Istana Kota Lama yang diubahsuai untuk baginda. Istana Mahkota di Kubang Kerian telah menempatkan Sultan Ismail Petra bersama Raja Perempuan Kelantan dan anakanda baginda, Tengku Amalin Aisyah.

Istana Telipot

telipot

Istana Telipot terletak di Telipot, Kota Bharu. Istana tersebut merupakan kediaman rasmi Tengku Muhammad Faris Petra iaitu Tengku Mahkota Kelantan juga Pemangku Raja Kelantan mulai 2010 selepas ayahandanya Sultan Ismail Petra gering.

Istana Bukit Tanah

istana

Istana Bukit Tanah merupakan salah satu istana yang terdapat di dalam Jajahan Tumpat. Istana ini dipercayai telah siap dibina dalam 1910, iaitu semasa pemerintahan Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Istana Bukit Tanah ini telah dijadikan sebagai istana persinggahan sejak dari zaman pemerintahan Sultan Ismail sehingga sekarang. Pada asalnya, tapak istana ini agak rendah dan dipercayai telah ditimbun dengan tanah supaya kelihatan lebih tinggi. Sekiranya dilihat dari jauh, kedudukan yang tinggi itu seolah-olah ianya dibina di atas sebuah bukit. Sejak itu, istana ini telah diberi jolokan sebagai Istana Bukit Tanah. Keluasan tapak istana ini hampir mencecah 3 ekar, dan kawasannya dikelilingi dengan pokok-pokok besar.

Istana Batu

image

Istana Batu ini dibina pada tahun 1939 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni almarhum Sultan Muhammad Ke-IV. Keseluruhan rekabentuk istana ini diilhamkan sendiri oleh Sultan Ismail. lanya dikurniakan kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah perkahwinan. Istana ini telah menjadi tempat bersemayarn Sultan Yahya Petra sehinggalah tahun 1960 sebelum baginda ke Istana Kota Lama yang telah dijadikan tempat bersemayam rasmi Sultan Kelantan. Dalam tahun 1966 Istana Batu ini telah diubahsuai kemudiannya menjadi kediaman rasmi Dato Tengku Salwani binti almarhum Sultan Yahya Petra.

Pada tahun 1969 Istana Batu ini dijadikan istana rasmi kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota iaitu Tengku Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra yang kemudiannya menjadi Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darulnaim. Baginda telah bersemayam di Istana ini sehingga tahun 1972. Istana Batu telah menempa banyak sejarah seperti tempat perkahwinan kerabat-kerabat DiRaja, tempat kediaman bagi raja-raja, kerabat-kerabat dan tetamu-tetamu Al-Sultan Kelantan semasa berkunjung ke negeri Kelantan.

Istana ini telah mencatat satu lagi sejarah apabila keluarga almarhum Sultan Yahya Petra mengampuni perkenan meminjamkan bangunan ini dijadikan sebagai Muzium DiRaja dan telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra pada 25 Julai 1991 bersempena dengan hari ulang tahun Keputeraan Baginda yang ke-41.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.