Antara Peristiwa Bersejarah Yang Pernah Terjadi Di Kelantan

Peristiwa-peristiwa yang berlaku ini dikatakan hasil daripada catatan para sejarahwan dan juga cerita orang-orang tua yang dipercayai berlaku di Kelantan.

arch

1880-Angin Besar.

Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua Kelantan sebagai “angin besar”. Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji petang sabtu 13hb Nov hingga waktu subuh hari Ahad. Mengikut orang tua-tua, sebelum itu tidak pernah ada angin yang begitu dahsyat.

1881-Binatang Mati.

Segala binatang ternakan habis mati kerana wabak penyakit, mungkin ada kaitan dengan peristiwa angin besar yang berlaku pada tahun sebelumnya.

1882-Peristiwa Kelaparan.

kelaparan

Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung tidak dapat menanam padi kerana lembu dan kerbau yang biasa digunakan untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit pada tahun sebelumnya. Setelah itu, ramai penduduk kampung telah diserang penyakit taun dan malaria. Ekoran daripada peristiwa ini, ramai rakyat telah meninggalkan Kelantan untuk pergi mencari bekalan makanan dan memulakan hidup baru di luar kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Terengganu, Kedah, Perak dan Johor.

1849-Gajah Mengamuk.

gajah

Ramai penduduk disekitar Kota Bharu dipercayai mati akibat daripada seekor gajah yang mengamuk. Gajah tersebut dikatakan bernama “Berma Sakti” telah mengamuk dan menyebabkan ramai penduduk Kelantan terkorban.Pun begitu, gajah tersebut akhirnya dapat ditundukkan oleh Datok Kaya Pahlawan Kadok.

1897-Bah Urai.

Bandar Kota Bharu telah dilanda banjir besar dan banyak binatang ternakan telah mati. Dalam waktu yang sama, seorang perempuan yang bernama Urai telah mati ditikam kerana bermukah. Mayatnya telah diheret ke dalam air untuk ditanam.

1909-Api Hj Samba.

Kebakaran yang berlaku pada masa ini telah memusnahkan 390 buah rumah di Kota Bharu. Kebakaran tersebut dipercayai bermula dari rumah Hj Samba. Disebabkan itu, orang ramai menyebut kebakaran yang berlaku sebagai api Hj Samba.

1910- Lembu Belaga Harimau.

white

Satu perlagaan antara lembu dan harimau telah diadakan dan berlangsung di jel burok jalan Tok Hakim. Harimau tersebut dikatakan kepunyaan seorang inggeris. Dalam peristiwa perlagaan itu, harimau tersebut tiba-tiba melompat keluar dan mencakar orang-orang yang berada disitu. Hal ini telah menyebabkan ramai penduduk terkorban.

1915-Musuh Tok Janggut.

Tok_Janggut

Pemberontakan Tok Janggut dalam menetang Inggeris di Kelantan merupakan antara peristiwa yang menjadi buah mulut orang kampung. Pada masa ini, ramai yang percaya bahawa Tok Janggut akhirnya gugur sebagai syuhada pada 24 Mei 1915 kerana membela tanah air dari cengkaman penjajah.

1921-Puja Umor.

Buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau hari keputeraan Sultan telah diadakan. Sambutan Puja Umor ini telah diadakan selama 3 hari dan diserikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat kelantan.

1922-Rombongan Kebudayaan.

Pada 25 Mac, satu rombongan kebudayaan telah dihantar ke Singapura sempena dengan Malay & Borneo Exhibition. Para peserta yang dihantar terdiri daripada 20 orang ahli silat, 60 orang jong kayuh perahu, 12 orang pemain bola sepak, 40 orang pemain makyung, menora, wayang kulit, dan 2 orang penenun kain songket.

1926-Bah Air Merah.

1926_bah_merah

Banjir ini berlaku pada 24 Disember dan telah menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai. Air banjir ini dikatakan berwarna kemerah-merahan dan berlaku selama 4 hari. Mengikut cerita orang tua-tua, banjir tersebut merupakan banjir yang paling besar bahkan belum pernah berlaku sebelum ini. Banjir tersebut surut pada 2 Januari 1927.

1927-Kota Bharu Terbakar.

api56

Sekali lagi bandar Kota Bharu mengalami kebakaran pada malam 13 Januari 1927. Antara harta benda yang musnah ialah 235 buah gudang dan 26 buah rumah. Api ini di katakan datang dari sebuah gudang cina yang terbakar bernama Bah Cik.

1931-Wayang Gambar.

Pertama kali tayangan wayang gambar telah diadakan di Kota Bharu. Tayangan tersebut diadakan di panggung Sekebun Bunga Kota Bharu pada 11 Mei 1931.

1927-Sarkas.

Pertama kalinya pertunjukkan sarkas diadakan di kelantan pada 14 Oktober 1927.

1941-Perang Jepun.

5th_Malaya1

Tentera jepun telah menyerang Kuala Pak Amat pada 8 Disember 1941 jam 12.25 pagi iaitu kira-kira 10 minit awal dari Jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii. Seramai 6,000 orang tentera Jepun mendarat melalui Kuala Pak Amat tersebut. Jepun dikatakan memerintah tanah Melayu lebih kurang 3 tahun setengah. Pada 15 Ogos 1945 tentera Jepun menyerah kalah.

1957-Merdeka

Merdeka

Kelantan dan seluruh tanah Melayu mencapai kemerdekaan

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.