Apa Yang Menarik Di Air Terjun Lata Renyuk Jeli, Kelantan?

Air Terjun Lata Renyuk terletak betul-betul di Kampung Renyuk iaitu lebih kurang 14 km dari bandar Jeli. Bagi yang ingin berkunjung ke sini, anda hanya perlu mengambil jalan menghala ke Kuala Balah atau jalan Jeli – Jelawang – Gua Musang. Bagi anda yang berminat untuk ke sini, jom kita tengok gambar-gambar di sekitar Air Terjun Lata Renyuk.

LR2
image

Air terjun ini merupakan air terjun yang terhasil daripada aliran sungai Renyok yang bermula dari banjaran Titiwangsa sebelum menghilir masuk kedalam Sungai Pergau. Kelebihan kawasan air terjun ini ianya dapat diakses rapat oleh kenderaan biasa kerana disitu juga terdapat sebuah mini hidro elektrik yang beroperasi sehingga sekarang.

image
4_-_Copy

Sungai Renyok merupakan salah satu punca sungai membekalkan air untuk empangan hidro elektrik Pergau.
Selain itu, Air Terjun Lata Renyuk juga merupakan salah satu air terjun yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga. Antara tarikan serta aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah Mandi manda, menyelam, barbeku, memancing, menjulir, menahan pukat, menjala ikan, menahan Jongkah dan menangguk.

lata
maxresdefault

Kemudahan-kemudahan awam untuk kegunaan pengunjung juga turut disediakan seperti pembinaaan sebuah dewan serbaguna, surau, tandas, tapak perkemahan sentiasa dibersihkan dan pagar disekitar kawasan dewan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.