Asal Usul Nama Gua Musang

Tidak dinafikan Gua Musang merupakan antara daerah yang banyak menyimpan sejarah masa lampau. Suka duka yang pernah dilalui oleh Gua Musang pastinya akan terpahat dalam diri setiap masyarakat lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah hidup pada zaman Gua Musang ditawan Komunis. Namun begitu, dalam artikel kali ini, bukan tentang penjajahan Komunis yang akan saya ceritakan melainkan cerita mengenai nama Gua Musang itu sendiri.

PA300213

Tahukah anda tentang bagaimana Gua Musang ini mendapat nama?. Secara umumnya, Gua Musang merupakan sebuah pekan kecil yang diselusuri oleh jalan kereta api di Ulu Kelantan kira-kira 160 km dari selatan Kuala Krai. Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, dahulunya ketika zaman belum lagi mencapai era pemodenan, Gua Musang telah dihuni oleh masyarakat orang asli yang bergantung hidup dengan memburu hasil hutan.

GMR

Nak dijadikan cerita, suatu hari kumpulan orang asli ini telah masuk ke hutan untuk memburu binatang namun, mereka tidak mendapat apa-apa hasil. Oleh itu, kumpulan orang asli ini memutuskan untuk menunggu sehinggalah mereka ternampak seekor ayam hutan yang dikejar oleh seekor musang. Mereka telah mengekori ayam tersebut dengan harapan untuk menangkapnya. Tetapi, mereka dapati ayam yang dikejar telah hilang di dalam hutan tebal.

Tidak lama selepas kejadian itu, yakni pada hari yang sama mereka sekali lagi ternampak seekor musang sedang mengejar ayam dan mereka sekali lagi gagal untuk menangkap ayam tersebut. Bagi mereka, kejadian seperti ini sangat pelik kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini. Akhirnya, mereka balik dengan tangan kosong.

hqdefault

Pada keesokkan harinya, sekali lagi mereka keluar berburu dan kali ini juga mereka ternampak kejadian yang sama yang mana seekor musang sedang mengejar ayam di tempat yang sama di tepi sebuah gua. Mereka cuba untuk menyumpit ayam tersebut tetapi gagal. Hal ini sama seperti kejadian hari semalam menambahkan lagi rasa pelik mereka.

Untuk mendapatkan kepastian, mereka selagi lagi keluar beramai-ramai untuk mengesan tempat di mana ayam itu hilang setelah dikejar oleh seekor musang sejak beberapa hari yang lalu. Dalam usaha mereka mengesan tempat hilangnya ayam tersebut, mereka telah menjumpai satu gua dan lubang pada gua tersebut menyerupai seekor musang yang sedang mengejar ayam.

gunungreng3

Setelah melihatnya, mereka berasa takut akan keadaan bentuk gua itu lalu meninggalkan tempat tersebut. Mereka telah memanggil tempat yang dijumpai mereka sebagai Gua Musang kerana mereka berpendapat bahawa gua yang dijumpai adalah tempat musang yang mengejar ayam yang dilihat mereka di hutan. Nama Gua Musang ini kekal sehingga sekarang malah, Gua Musang ini telah menjadi salah satu daya tarikan pelancongan di negeri Kelantan.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.