Asal Usul Nama Kampung Hutan Buloh, Melor, Kota Bharu, Kelantan

Pokok-pokok buluh yang banyak tumbuh meliar pada suatu masa dahulu telah menjadi asbab terciptanya nama Kampung Hutan Buloh di Pekan Melor Kota Bharu, Kelantan. Pun begitu, tiada rekod awal yang dijumpai mengenai kesahihan nama kampung tersebut. Walaubagaimanapun, nama itu dikatakan merujuk kepada panggilan yang sering digunakan oleh orang-orang zaman dahulu apabila menceritakan tentang kampung ini.

buluh

Tidak seperti nama pekan Melor yang diambil sempena dengan nama pokok bunga melor yang suka ditanam oleh Puteri Saadong semasa baginda berada di sini dahulu, yang mana nama tersebut kemudiannya telah didaftarkan oleh Penggawa Wan Hj. Wan Mahmood. Pada masa itu, di kawasan ini terdapat satu jalan yang dinamakan “Lorong Gajah” yang mana orang-orang istana menggunakan gajah-gajah untuk melalui jalan tersebut. Jalan ini terletak di tepi sebelah Utara perumahan Tengku Ahmad Rithauddeen.

melor

Cerita asal adanya kampung ini juga dikatakan lebih kepada kes pergaduhan yang sering berlaku di antara kampung-kampung berhampiran yang menyebabkan mereka yang kalah telah menggunakan kampung ini sebagai tempat persembunyian lantaran faktor hutannya yang tebal. Pada asalnya, hanya terdapat tiga keluarga sahaja yang mendiami kampung ini.

hutan

Selain itu, kampung ini juga merupakan kawasan laluan Diraja Kelantan yang mana kampung yang bersebelahan Kampung Mahligai merupakan tempat berehatnya Puteri Saadong bersama Raja Abdullah. Manakala, Kampung Padang Raja adalah tempat baginda bermain wau dan juga tempat yang teradapatnya gelanggang untuk upacara memilih pendekar.

Manakala, Kampung Hutan Buloh dan Kampung Hutan Kulim adalah tempat pemburuan binatang baginda. Begitu juga dengan satu lagi lain iaitu kampung iaitu Gajah Mati. Pada masa itu, Raja Abdullah mempunyai 2 ekor gajah yang diletakkan di kampung ini. Gajah ini kemudiannya mati lalu ditanam di situ. Lantaran itu, kampung ini dinamakan Kampung Gajah Mati.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.