Asal Usul Nama Kampung Kuau Dan Kampung Keluat Di Kelantan

Nama Kampung Kuau yang terletak dalam daerah Melawi, Dun Perupuk ini dikatakan berasal daripada nama pokok yang banyak tumbuh di kampung berkenaan. Kampung Kuau juga terletak berhampiran dengan Kampung Keluat dan Kampung Chantum yang mana ketiga-tiganya disaliri Sungai Kemasin yang mengalir ke Laut China Selatan. Sumber dipetik daripada Sinar Online.

Seperti yang dinyatakan, Mukim Kuau terletak dalam daerah Melawi, Dun Perupuk. Manakala, Mukim Keluat terletak di daerah Tanjung Pauh bawah Dun Tawang. Kampung Chantum pula terletak di antara kedua-dua kampung tersebut yang menjadikan kampung Chantum sebagai perantara kedua-duanya.

image

Berbalik kepada asal usul nama Kampung Kuau yang mana nama kampung ini dikatakan berasal daripada nama pokok kuau yang berdaun lebar dan merimbun yang banyak tumbuh di kawasan itu. Kayu pokok kuau ini dikatakan elok untuk dijadikan perabot dan ukiran manakala, daunnya boleh dijadikan ubat sakit perut dengan meggumpal dan menampalkannya pada perut di samping air rebusan daunnya boleh diminum untuk menjarakkan kelahiran anak.

29735146

Manakala, pokok keluat pula merupakan sejenis pokok yang menjalar dan memanjat dengan daun kecil. Batangnya boleh dipintal untuk dijadikan tali dan daunnya boleh digunakan untuk mengenal pasti penyakit barah dengan menggumpalkannya di tempat yang bengkak. Buahnya pula boleh dimakan sebagai snek. Daripada nama pokok-pokok inilah, terhasilnya nama Kampung Kuau dan kampung Keluat di Kelantan.

Kedua-dua kampung ini telah dihubungkan oleh Kampung Chantum yang terletak di tengah-tengah. Chantum ini dikatakan wujud apabila timbulnya perselisihan dalam berebut tempat baharu sementelah kerajaan telah menawarkan bangunan sekolah baharu sekitar hujung 1940-an.

image

Untuk berlaku adil, pihak kerajaan telah memilih sekeping tanah di sempadan kedua-dua kampung lalu sekolah yang dibina diberi nama Sekolah Kebangsaan Chantum yang bermaksud seangat kerjasama yakni simbol kepada percantuman antara dua kelompok masyarakat untuk memajukan bidang pendidikan dan kehidupan secara keseluruhannya.

Menurut sumber yang dipercayai, kawasan ini telah dihuni sejak tahun 1840 lagi dan disini jugalah lahirnya ramai tokoh masyarakat yang terkenal seperti Pendekar Tok Dor, Tok Dor Mejoh, Pak Wel Berani, dan Tok Merah. Kesemua mereka banyak berjasa dalam menjaga keamanan di kampung tersebut.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.