Bah Merah Di Kelantan Ragut Nyawa

Banjir pernah mencatatkan peristiwa hitam dalam sejarah negeri Kelantan pada tahun 1926 yang mana banjir ini digelar oleh masyarakat Kelantan sebagai Bah Merah dan telah meragut banyak nyawa penduduk kampung. Bah Merah ini telah memusnahkan banyak harta benda dan tanaman serta merupakan banjir terburuk yang pernah melanda Pantai Timur ini. Kejadian ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada warga negeri Kelantan dan takkan mudah luput dari ingatan mereka betapa ngerinya banjir yang telah meragut banyak manusia.

tenggelam

Disangkakan Kejadian sebegini tidak akan berulang namun, pada tahun 1967, sekali lagi Kelantan dilanda banjir besar dan meragut kira-kira 38 nyawa penduduk negeri tersebut. Banjir ini dinamakan Bah Merah kerana air yang mengalir ketika itu berwarna merah disebabkan oleh lumpur daripada hulu negeri ini. Banjir yang melanda Kelantan pada 1926 dan 1967 adalah suatu kejadian yang dianggap luar biasa oleh penduduk kampung yang telah menenggelamkan bandar Kota Bharu selama empat hari. Banjir ini dikatakan terjadi kerana hujan lebat yang tanpa henti menimpa bumi Kelantan.

lumpur

Banjir yang luar biasa ini juga turut memusnahkan masjid yang tertua di Asia Tenggara iaitu masjid kampung laut. Bah Merah merupakan banjir terburuk yang telah memusnahkan banyak rumah-rumah serta harta benda penduduk selain meragut nyawa. Apabila bercerita tentang banjir, kebanyakkan warga tua di negeri Kelantan ini masih belum dapat melupakan peristiwa Bah Merah yang telah meninggalkan kesan trauma kepada mereka ditambah dengan kehidupan mereka yang terjejas teruk disebabkan banjir tersebut.

masjid

Satu lagi banjir yang berlaku pada tahun 2014, banjir ini juga boleh dikategorikan sebagai banjir buruk selepas Bah Merah yang melanda di Kelantan. Kebanyakkan jalan-jalan ditutup dan tak boleh dilalui kerana dinaiki air. Ramai penduduk kampung yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir yang disediakan oleh kerajaan. Kelantan menjadi saksi seluruh bandar Kota Bharu dan beberapa jajahan di Gua Musang serta Kuala Krai dinaiki air setinggi dua meter. Banjir ini juga turut mengorbankan 14 nyawa serta memusnahkan banyak harta benda dan rumah-rumah penduduk kampung.

kuala krai

banjir 1967

Banjir yang melanda ini menjejaskan kehidupan masyarakat dan sememangnya kesan daripada banjir ini meninggalkan rasa pilu dalam diri masyarakat yang lebih-lebih lagi bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga. Kenangan banjir ataupun Bah Merah ini tidak akan dilupakan seumur hidup mereka dan sehingga kini masih ada antara penduduk kampung yang bercakap dan bercerita mengenai Bah Merah lantaran Bah Merah setiasa menjadi penanda aras setiap kali berlakunya banjir di Kelantan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.