Bandar Sempadan Pengkalan Kubor Bawa Tarikan

Pengkalan Kubor merupakan sebuah Bandar Sempadan dan salah satu jajahan Tumpat yang terletak di Utara Kelantan. Pengkalan Kubor juga bersempadan dengan negara Thailand. Hal ini telah menjadikan bandar Pengkalan Kubor sebagai pintu masuk untuk ke negera tersebut. Pengkalan Kubor juga terletak berdekatan dengan Sungai Geting yang bersambung terus dengan Laut China Selatan. Justeru itu, banyak aktiviti berkaitan sungai dan laut telah dijalankan di kawasan Pengkalan Kubor.

sempadan

Bandar ini dikatakan mendapat nama Pengkalan Kubor kerana tempat ini dahulunya mempunyai banyak kubur orang Melayu manakala, pengkalan pula bermaksud tempat menyimpan kapal, sampan atau bot untuk kegiatan harian masyarakatnya. Dari situlah dikatakan terciptanya nama Pengkalan Kubor dan cerita perihal asal usul Pengkalan Kubor ini diperturunkan dari generasi ke generasi. Sebut sahaja nama Pengkalan Kubor, pasti ianya dikenali oleh penduduk Kelantan.

sungai

Pengkalan Kubor mempunyai tempat membeli-belah yang cukup terkenal dalam masyarakat Kelantan iaitu Kawasan Bebas Cukai. Bahkan, tempat ini juga sering menerima kunjungan pelancong luar terutamanya ketika cuti persekolahan. Lantaran, banyak barangan tempatan termasuklah dari Thailand dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Kawasan Bebas Cukai ini sering juga disamakan dengan Rantau Panjang. Cuma di Rantau Panjang mempunyai lebih banyak pilihan berbanding di sini.

kbc

Dari segi harga pula, terdapat beberapa jenis barangan seperti toto lebih murah di Kawasan Bebas Cukai. Pun begitu, perbezaan harganya tidaklah begitu ketara. Manakala, barangan seperti pinggan mangkuk, periuk dan kuali pula dijual pada harga yang sama. Kebanyakkan harganya bergantung kepada barang dan juga penjualnya. Walaupun Kawasan Bebas Cukai ini mendapat sambutan yang menggalakkan, tempat ini agak sempit dan mudah sesak terutamanya ketika cuti persekolahan.

toto

Namun begitu, kesesakkan yang sering terjadi ini tidak pernah menghalang orang ramai untuk terus berkunjung ke sini. Lantaran itu, dengan adanya Kawasan Bebas Cukai ini, nama Pengkalan Kubor semakin terkenal bukan sahaja dalam Kelantan bahkan turut dikenali oleh mereka yang berada di luar negeri Kelantan. Ditambah pula, Pengkalan Kubor sering dijadikan sebagai salah satu tempat pelancongan oleh masyarakat luar terutamanya bagi mereka yang ingin membeli-belah.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.