Bangunan Lama Di Kelantan Serta Sejarahnya

Seperti yang kita sedia maklum bahawa negeri Kelantan menyimpan banyak sejarah lampau yang menarik untuk kita pelajari. Di Kelantan juga terdapat banyak bangunan-bangunan bersejarah yang telahpun wujud berabad dahulu. Melalui sejarah-sejarah yang ada juga kita dapat mengetahui tentang kewujudan atau peristiwa yang berlaku di Kelantan suatu ketika dahulu.

opis

Pejabat Setiausaha Kerajaan misalnya merupakan salah satu bangunan bersejarah yang ada di kelantan. Bandar Kota Bharu dikatakan mula berkembang pesat pada tahun 1903 apabila satu pentadbiran baru diasaskan. Pentadbiran baru di kelantan pada masa ini terkenal dengan nama pentadbiran Graham yang berjalan selama 7 tahun iaitu bermula 25 Julai 1902 hingga 15 Julai 1909.

Pentadbiran ini diwujudkan selepas perjanjian Inggeris dan Siam ditandatangani yang mana kerajaan Inggeris dan Siam memperakui Kelantan dibawah naungan Siam dan ditadbir secara Sistem Penasihat oleh Residen dan Penolong Residen iaitu William Armstrong Graham H. W Thampson yang tiba dari Bangkok. pejabat Setiausaha Kerajaan pada masa ini terletak di hadapan Istana Balai Besar dan dikenali sebagai “opis Panjang” atau “opis pohon celagi”.

suk

Bangunan yang seterusnya ialah Pejabat Penjara yang terletak di sekitar Hotel Temenggong dan pada zamannya terkenal dengan panggilan “gok buruk”. Pada tahun 1907, sebuah penjara baru telah dibina dikawasan Padang perdana yang terletak berhampiran dengan Stadium Sultan Muhammad IV. Pun begitu, pada tahun 1950, penjara ini telah dirobohkan dan dipindah ke Pengkalan Chepa.

penjara

Hospital umum Kota Bharu pula mula beroperasi pada tahun 1920-an. Hospital ini terdiri daripada dua buah bangunan iaitu satunya dikenali sebagai “European Ward” dan satu lagi untuk rakyat Kelantan. Perubatan yang diberikan pada masa ini termasuklah pembedahan dan bersalin. Doktor yang bertugas pada masa ini juga terdiri daripada dua orang iaitu Dr. Gimlet sebagai Chief Medical Officer dan dibantu oleh Dr. Mark Loi serta kakitangan-kakitangan hospital yang lain.

Lapangan Terbang Kota Bharu telah lama wujud yakni semasa Perang Dunia Kedua lagi. Tentera jepun telah memulakan serangan mereka dengan menawan lapangan terbang ini. Tujuan utama pembinaan lapangan terbang pada masa ini ialah untuk kegunaan domestik oleh orang kenamaan. Pada waktu dahulu, kelantan mempunyai empat buah lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Landasan Terbang Udara Gong kedak, Pasir Puteh, Landasan Terbang lalang Luas, Machang, dan Lapangan Terbang Sasar Mengkebang, Kuala Krai. kesemua lapangan terbang ini dibina untuk kegunaannya yang tersendiri.

lapangan

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, pada tahun 1910, Siam telah menyerahkan Kelantan kepada Inggeris dibawah perjanjian Inggeris-Siam 1909 yang seterusnya menyebabkan bandar Kota Bharu mula berkembang. Oleh kerana, Kelantan merupakan sebuah negeri yang berjiran dengan Selatan Thailand yang dikenali sebagai Pattani Darul Salam, Kelantan mempunyai budaya yang unik dan sangat berkait rapat dengan negeri Pattani.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.