Bas Terbakar Di Stesen Bas Bandar Lama, Pasir Mas

26 OGOS 2017, telah dilaporkan seramai lima penumpang dan seorang pemandu berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku di stesen bas bandar lama Pasir Mas.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.05 pagi sebaik sahaja bas henti-henti dari arah Rantau Panjang ke stesen berkenaan terbakar secara tiba-tiba. Bagaimanapun, pemandu dan penumpang bas berkenaan berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tersebut.

image

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Bomba Kanan II Adnan Muhammad Juri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.08 pagi. Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam dan menyelamat.

Ketika pihak bomba dan penyelamat sampai ke lokasi kejadian, bahagian enjin bas berkenaan sedang terbakar dan pihak bomba mengambil masa selama 12 minit untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran tersebut. Punca dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan.

Bagaimanapun, kesemua penumpang termasuk pemandu bas yang datang dari arah Rantau Panjang tersebut berjaya menyelamatkan diri. Hasil pemeriksaan pihak bomba, kebakaran tersebut dikatakan berpunca dari masalah bateri. Sumber dipetik daripada Sinar Online.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.