Bercuti Di Pantai Tok Bali Bersama Keluarga

Jika anda merancang untuk bercuti khususnya untuk merehatkan minda dari kesibukan bandar dan meluangkan masa bersama keluarga, silalah datang berkunjung ke Tok Bali Kelantan. Pantai ini pastinya akan meninggalkan kesan dan pengalaman yang manis kepada pengunjung lantaran pantai ini sememangnya cantik dan nyaman. Pantai ini juga dikatakan unik kerana pesisir pasirnya yang putih serta landai dan sangat sesuai untuk maktiviti mandi-manda.

Tok Bali juga terkenal sebagai terminal pendaratan ikan hasil daripada tangkapan penduduk tempatan dan sering menjadi tumpuan utama untuk mendapatkan hasil laut yang segar seperti ikan dan makanan-makanan laut yang lain. Justeru itu, Pantai Tok Bali bertambah terkenal di kalangan penduduk Kelantan dan juga pelancong asing.

pantai tok bali

Terdapat resort yang popular di sini yang boleh dijadikan tempat bermalam bagi pelancong yang dfatang dari luar Kelantan, iaitu Tok Aman Bali Beach Resort yang bertaraf empat bintang. Pastinya anda akan mendapat ketenangan yang diimpikan sepanjang berada di sini. Selain daripada itu, terdapat banyak lagi resort-resort lain sama ada di dalam mahupun luar kawasan Pantai Tok Bali. Apa yang yang menariknya resort-resort ini berada di pesisir pantai yang mengadap Laut Cina Selatan yang sememang memberi fenomena yang menawan hati.

pantai tok bali

Seperti pantai lainnya, di Tok Bali juga terdapat banyak gerai dan kedai-kedai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan laut dan semestinya meriah khususnya ketika musim cuti sekolah. Restoren yang paling popular di Tok Bali ini ialah restoren Meggi Ketam Cherang Ruku dan Juara Ikan Bakar Tok Bali. Jadi, pastikan anda berkunjung ke restoren ini sekiranya anda berkesempatan untuk ke sini.

pantai tok bali

Sekiranya anda seorang yang suka melancong, jangan lupa untuk jadikan Pantai Tok Bali sebagai salah satu tempat untuk anda kunjungi. Hal ini kerana, pantai sememangnya akan menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang sukakan ketenangan dan keindahan alam semula jadi. Sesiapa yang berkunjung ke sini pastinya tidak akan melupakan pantai ini dengan mudah dan kenangan berada di pantai akan kekal menjadi kenangan sepanjang hayat.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.