Beriadah Di Jeram Pasu Pasir Puteh, Kelantan

Menurut cerita masyarakat setempat, Jeram Pasu merupakan air terjun yang terawal dibangunkan sebagai kawasan rekreasi orang ramai di Kelantan. Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, Jeram Pasu ini terletak lebih kurang 16 kilometer dari bandar Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu.

pintu

Jeram Pasu ini juga terkenal sebagai tempat rekreasi yang dipenuhi keindahan flora dan faunanya yang tersendiri. Untuk keselesaan pengunjung , Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan.

flora

Pengunjung juga boleh beriadah dengan menggunakan trek denai hutan yang dibina oleh pihak PBT. Kemudahan-kemudahan ini dibina khas untuk kegunaan orang awam yang berkunjung ke sini. Walaupun lokasi Jeram Pasu ini agak terpencil, ianya tetap menjadi pilihan masyarakat untuk beriadah bersama keluarga. Pengunjung juga boleh mandi-mandi di kolam buatan yang pastinya akan memuaskan hati.

kolam

Air terjun yang terdapat di Jeram Pasu ini dahulunya sangat cantik dan menarik ditambah lagi dengan kedamaian panorama alam semula jad. Jeram Pasu ini dihubungkan dengan jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam, kereta persendirian dan teksi.

airterjun

Walaupun kedudukannya agak terpencil tetapi ianya amat mudah untuk dikunjungi. Selain itu, Jeram Pasu ini terletak kira-kira 8 kilometer dari simpang Kampung Padang Pak Amat yang turut menyimpan kenangan zaman perang dahulu kala. Padang Pak Amat ini juga terletak di Jalan Pasir Puteh – Kota Bharu.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.