Corak Pemerintahan Kelantan Lampau

Sistem pembesar peringkat pusat atau tertinggi di Kelantan dapat dilihat apabila Sultan Muhammad I melantik 7 orang pembesar yang terdiri daripada Raja-raja Daerah iaitu Long Jenal digelar Raja Bendahara ( Raja Banggol ), Long Ismail digelar Raja Muda ( Raja Kampung Laut ), Long Yusof digelar Raja Bukit Panchor (Raja Gunong), Long Muda digelar Engku Kota (Raja Salor), Long Tan digelar Raja Temengong Aria Pahlawan (Raja Galas), Tuan Lebar digelar Dato Panglima Perang Lundang (Raja Lundang) dan Wan Abdullah digelar Dato Kaya Hulubalang Kadok (Raja Kadok)

National

Semasa pemerintahan Sultan Muhammad II pula, baginda telah melantik 8 Jemaah Menteri untuk untuk melicinkan pentadbiran baginda. Jemaah Menteri itu ialah Jemaah Menteri Perbendaharan, Jemaah Menteri Peperangan, Jemaah Menteri Pentadbiran, Jemaah Menteri Luar, Jemaah Menteri Dalam Negeri, Jemaah Menteri Istana, Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman dan Jemaah Penasihat Raja

jemaah

Pada suatu ketika dahulu, Kelantan diperintah oleh beberapa orang raja di daerah yang berasingan. Pun begitu, apabila Long Yunus menjadi Raja Kelantan, masyarakat Kelantan telah bersatu. Pada tahun 1777, Raja Long Yunus telah memindahkan ibu kotanya dari Kota Kubang Labu ke Kota Galuh yang terletak disebelah timur tebing Sungai Kelantan.

download

Pada akhir pemerintahan Long Yunus, baginda telah menghadapi pertikaian dengan sultan Terengganu yang mana Terengganu cuba menyerang Kelantan pada tahun 1794. Selepas Long Yunus mangkat, Kelantan telah diserang oleh Terengganu pada tahun 1795 dan tahun 1800. Dalam serangan ini, Terengganu dibantu oleh Patani dan Kelantan tewas dalam kedua-dua serangan tersebut.

Pada tahun 1801, Long Muhammad, putera Raja Long Yunus melancarkan serangan balas dari Ulu Kelantan dan berjaya membebaskan semula negeri Kelantan daripada tawanan Terengganu. Selepas peperangan itu tamat, Long Muhammad telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad 1.

Small_SB_8_001

Bagi mengelakkan serangan luar dan menjaga kemerdekaan Kelantan, baginda telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Siam. Pada tahun 1818, Kelantan menghantar bunga emas kepada Siam. Pihak Siam pula membalas dengan memberi hadiah yang berharga. Penghantaran bunga emas dibuat setiap tiga tahun sekali. Hasil hubungan diplomatik ini, Terenganu tidak lagi menunjukkan permusuhan terhadap Kelantan.

Menurut catatan Rentse, Kelantan terletak di laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Kuala sungai Kelantan menjadi tempat persinggahan yang terkenal di kalangan peniaga sebelum ke Teluk Siam, Kemboja dan China. Negeri Kelantan juga mengeluarkan wang emas yang dinamakan dinar dan pitis. Negeri Kelantan juga dikenali dengan panggilan ‘Negeri Cik Siti Wan Kembang’ dan Serambi Mekah.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.