Diganggu Hantu Di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis

Cerita ini dikatakan telah terjadi kepada seorang pemuda yang memandu seorang diri dari Kuala Lumpur ke Machang, Kelantan. Beliau mendakwa telah diganggu oleh ‘sesuatu’ ketika berada di kawasan Bukit Tinggi antara Kuala Lipis Gua Musang dan juga Bukit Tujuh. Berikut merupakan pengalaman yang dialami oleh beliau.

bukit_tujuh

Tarikh keramat 3 Jun, pada masa tu, aku memang dah bersiap sedia untuk bertolak dari Kuala Lumpur ke Machang, Kelantan, sempena majlis perkahwinan sepupu aku. Mak dan adik beradik sekeluarga dah pun berlepas dari Kuantan ke Machang, cuma tinggal aku dan abang aku sahaja yg melalui Kuala Lumpur – Machang..

Bermulalah episod perjalanan jauh jam 12 tengah malam sehingga 7.30 pagi dan aku memandu sendirian sahaja dengan mengekori kereta abangku bersama isteri, adik ipar dan anak kecilnya

Melalui Karak Highway kemudian ke Bentong dan Raub serta melalui Kuala Lipis tidak langsung menggambarkan masalah, cuma menuju ke kawasan Bukit Tinggi antara Kuala Lipis Gua Musang dan juga Bukit Tujuh sedikit sebanyak meresahkan dengan adanya lori-lori berat menghalang laluan..

Betul-betul berada di atas bukit tinggi kereta aku menyusur perlahan2 mengekori kereta-kereta lain..memang aku rasa tak sedap hati sangat tambahan kiri dan kanan sangat-sangat gelap cuma diterangi lampu kereta-kereta….

Kemudian, aku terdengar bunyi mendengus sekali dari belakang..mulanya langsung aku tak hiraukan..aku fikirkan mungkin bunyi tayar kereta..lepas selang 5 saat bunyi mendengus sekali lagi seakan-akan bunyi kucing yg bergomol, dan pada saat itu lah tiba-tiba bulu roma aku berdiri tegak 90 darjah, darah aku menyirap dari tapak kaki terus naik ke ubun-ubun kepala..masa tu aku rasa macam nak pitam.

hqdefault_1

Semestinya aku rasa seperti ada benda kat belakang aku…memang aku tak nampak tapi aku boleh rasa …Sebelum kejadian ni aku tak penah langsung terfikir kan hantu malah aku cuma risau dengan lori-lori berat yg perlu memandu dengan hati-hati ..

Aku mula kuatkan bunyi lagu-lagu mp3 yg dipasang..masa tu cd ayat-ayat al quran abang aku dah ambik awal-awal lagi. Jadi, aku hanya pasang mp3 lagu-lagu lama dengan kuat sambil mulut membaca ayat-ayat al-Quran…

Lepas je aku memotong lori, aku masih lagi rasa benda tu kat belakang..aku capai telefon nak dail abang aku tapi masa tu signal pula takde.

Aku kena habiskan jalan bukit-bukit dulu dengan benda tu..memang terasa sangat aura dari belakang aku..kereta tak berat tapi tekanan tu datang dari kepala dan belakang aku…

Kereta abg aku di depan dan aku di belakang..pelik….lori-lori berat tadi ke mana? tiba-tiba gelap ajer …memang pelik ..baru sahaja aku melepasi lori tersebut.

Apa lagi, aku terus high beam dan memecut melintas kereta abang aku, abang aku masa tu katanya dah perasan ada something wrong dengan aku, jadi dia bagi aku pintas dia…..masa tu lah bila abang aku high beam lampunya, dia nampak benda hitam macam kucing besar (sebesar kambing tapi rupa macam kucing) kat bahagian belakang keta aku…abang aku terus high beam …last-last benda tu hilang dengan sendirinya…

Kami tak berhenti di tepi jalan malah teruskan sahaja perjalanan sehingga sampai di ruang rehat Gua Musang…

Masa tu lah abang aku bagi tau ada benda kat belakang kereta aku, aku memang tak nampak benda tu…

Peristiwa ini sedikit sebanyak mengajar aku betapa mencabarnya perjalanan dari Kuala Lumpur-Kelantan…bukan hanya cabaran dengan lori-lori berat, namun cabaran ini tidak kurang hebatnya.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.