Disebalik Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan

Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan atau lebih dikenali sebagai Istana Jahar oleh masyarakat setempat ini beralamat Lot No. 430 Dalam Seksyen 7 Bandar Kota Bharu. Kedudukannya di tengah-tengah pusat banbdar dan rangkaian zon budaya telah menjadikan muzium ini sebagai mercu tanda dan daya tarikan pelancong ke kelantan.

Istana Jahar ini juga terletak berhampiran dengan Istana balai Besar yang merupakan antara istana-istana yang menarik di sekitar bandar Kota Bharu.Istana ini telah dibina pada tahun 1939 iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Ismail dari tahun 1929-1944. Istana ini juga turut dikenali dengan nama Istan Batu yang kini telah dijadikan muzium diraja. Jarak untuk ke si ni dari pusat bandar hanyalah 0.5 kilometer dan sangat mudah untuk dikunjungi.

Disebalik Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan

Istana jahar ini telah dibina oleh beberapa tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan yang diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Haji Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haji Mohd Salleh Dato Kaya Bakti. Istana ini juga merupakan tempat bersemayamnya raja-raja Kelantan terdahulu dan merupakan lambang dan kedaulatan raja-raja yang memerintah. Lantaran itu, pembinaan istana ini dilakukan dengan penuh adat istiadat.

Disebalik Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan

Seperti yang kita sedia maklum, Istana Jahar kini telah dijadikan sebagai Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan. Muzium ini telah mempamerkan sejarah kesultanan Kelantan dari zaman awal sehinggalah kepada pemerintahan raja sekarang. Ruang pameran dalam muzium ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti alat- alat kebesaran, pakaian tradisi, barang kemas dan hal-hal lainnya. Seni binanya yang menarik, cantik dan unik telah menyerikan lagi suasana banguanan tersebut.

Disebalik Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan

Walaupun kini, di sekitar Istana Jahar dan istana lainnya jelas berdiri bangunan-bangunan moden, namun Istana Jahar sedikitpun tidak terjejas dan masih terpelihara keasliannya. Jika anda berkunjung ke kelantan, anda semua bolehlah singgah ke istana ini kerana suasana berada dalam istana ini sangat menggamit memori dan terasa seolah-olah kita berada di zaman kesultan Kesultanan awal Kelantan.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.