Gambar Di Sekitar Jeram Mengaji Di Selinsing

Jeram Mengaji atau dikenali juga sebagai Jeram Mak Nenek ini telah dibuka pada tahun 2005, dan masih lagi dalam pembangunan. Jeram ini terletak lebih kurang 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh. Jeram Mengaji ini bakal dibangunkan sepertimana Jeram Pasu dan Jeram Linang.

Jeram ini juga terletak di kawasan pedalaman dan tidak ramai yang mengetahui tentangnya. Jeram ini sesuai untuk aktiviti keluarga dan riadah di hujung minggu. Jeram ini akan dibangunkan sepenuhnya untuk kunjungan orang ramai agar ianya dapat menjadi salah satu pusat rekreasi yang sedia ada dan dikenali umum.

Pengangkutan yang boleh sampai di sini hanyalah teksi, tetapi juga disediakan bas sehingga ke Pekan Selising, tambang bas dari Pasir Puteh ke Pekan Selising RM 1.00, dan tambang teksi dari Pekan Selising ke Jeram Mengaji ialah RM 3.00 seorang manakala tambang teksi dari bandar Pasir Puteh ke Selising ialah RM 2.00 seorang.

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekitar jeram ini termasuklah gerai makan, surau, tandas, pondok, chalet, dewan, tapak perkhemahan, peralatan untuk aktiviti barbeque serta kawasan untuk meletak kenderaan. Berikut merupakan gambar-gambar yang terdapat di Jeram mengaji.

jeram_mengaji
jeram_mengaji
mak
mengaji1
jeram_mengaji_3_0
jeram-mengaji
mengaji2

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.