Gasing Antara Permainan Tradisional Kelantan

Gasing merupakan permainan yang sangat popular di Tanah Melayu khususnya bagi masyarakat Kelantan. Gasing merupakan permainan yang telah lama wujud yakni dari zaman nenek moyang kita lagi. Permainan gasing ini juga turut dikenali sebagai permainan rakyat yang sering dimainkan oleh masyarakat kampung untuk mengisi masa lapang mereka bahkan turut menjadi salah satu budaya masyarakat Kelantan serta turut dimainkan oleh semua peringkat umur.

2993097

Terdapat beberapa jenis gasing yang popular dalam kalangan masyarakat iaitu gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Permainan gasing ini juga sentiasa menjadi alternatif untuk merapatkan hubungan sosial antara masyarakat selain gasing juga sering dijadikan sebagai pertandingan di sekitar Kelantan dan mendapat sambutan yang cukup meriah.

Gasing leper merupakan antara gasing yang cukup popular di Kelantan. Gasing leper ini dahulunya dikatakan hanya terdapat di Kelantan sahaja. Gasing ini dimainkan mengikut tempoh ianya berpusing. Simpaian gasing ini biasanya menggunakan logam dan merupakan antara gasing yang berat. Disekeliling gasing ini juga diperbuat daripada tima. Disebabkan itulah ianya mampu berpusing ligat dan lama. Kini, gasing leper ini boleh didapati di mana-mana pasaran tetapi mahalnya agak mahal.

leper

Selain gasing leper, gasing uri juga cukup popular di Kelantan. gasing uri ini berbentuk rendah dan agak pipih. Gasing uri ini biasanya memerlukan dua orang pemain. Seorang untuk memegang cokok dan seorang lagi untuk melempar gasing. Pemain yang hebat biasanya mampu memusingkan gasing uri lebih daripada sejam dengan berdiri tegak pada paksi yang sama.

gasing-3

Kesemuanya jenis gasing ini biasanya dimainkan dengan dua cara. Sama ada untuk memangkah gasing pihak lawan ataupun untuk meguji berapa lama ianya mampu berpusing. Terdapat beberapa teori tentang kewujudan permainan gasing dalam masyarakat Pantai Timur. Antaranya, gasing diinspirasikan daripada permainan laga telur ayam. Permaian ini merupakan permainan yang paling diminati oleh kanak-kanak pada masa dahulu. Daripada permainkan laga telur inilah, terhasilnya penciptaan gasing yang hampir sama rupa bentuknya dengan sebiji telur.

DSC06650

Satu lagi teori, gasing dikatakan dikatakan wujud daripada permainan memusing buah berembang atau dikenali buah perepat. Buah ini biasanya akan dipusing menggunakan tangan dan buah yang paling lama berpusing akan dianggap sebagai pemenang. Buah ini biasanya berbentuk bulat dan agak leper. Melalui permaain buah berembang inilah, wujudnya gasing. Selain itu, perkataan gasing juga merupakan hasil gabungan dua perkataan iaitu perkataan gah dan berpusing yang akhirnya menghasilkan gasing.

buah_berebang

1370000993

Sehingga kini, permainan gasing masih dipopularkan di Pantai Timur terutamanya di kelantan kerana ianya termasuk sebagai salah satu wadah tarikan pelancongan. Pun begitu, dalam masyarakat pula, permainan gasing ini semakin dipinggirkan malah dianggap ketinggalan zaman oleh generasi baru walhal permainan ini seharusnya dipelihara dan dikekalkan kerana ianya merupakan salah satu jati diri masyarakat Kelantan.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.