Gua Cha di Tepi Sungai Nenggiri Kelantan Antara Sejarah Yang Ditinggalkan

Gua Cha merupakan sebuah gua yang berusia hampir 10,000 dan terletak di tepian Sungai Nenggiri, Kelantan. Dalam catatan sejarah, Gua Cha dinyatakan sebagai sebuah gua yang mempunyai nilai yang sangat pentingan dalam peradaban manusia dan ianya berdiri seiring dengan Gua Niah, Kota Tampan, Bukit Jawa, dan Tengkorak. Gua Cha juga turut tumpuan para arkeologi.

gua cha

Kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dan pengkaji ke atas Gua Cha ini, membuktikan bahawa kawasan pedalaman Kelantan ini telah dihuni oleh manusia kira-kira 10,000 tahun lagi. Dalam kajian yang dilakukan oleh Adi Taha pada tahun 1979, mengatakan bahawa tinggalan yang tersimpan dalam Gua Cha merupakan milik orang asli atau dikenali juga sebagai Melayu Proto. Kajian sebegini telah membuktikan bahawa Kelantan telahpun dihuni sejak ribuan tahun dahulu.

gua

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, pada tahun 1935, H.D Noone merupakan orang pertama yang telah menjalankan aktiviti cari gali di Gua Cha. Pada masa ini, kawasan yang meliputi Gua Cha merupakan satu kawasan konsesi yang dimiliki oleh Duff Company dan Kelantan berada di bawah naungan British. Walaubagaimanapun, setelah meletusnya Perang Dunia Kedua, British telah meninggalkan Kelantan dan Tanah Melayu lainnya yang membolehkan Jepun mengambil alih pentadbiran.

Selepas perang tamat, G.D Sievenking telah dilantik Curator Federated Malay States Museum Sievenking dan H.D Noone melalui catatannya pada tahun 1954 menyatakan beliau bersama isterinya telah membentuk pasukan arkeologi yang diiringi anggota tentera sekali lagi telah ke Gua Cha untuk menjalankan kajiannya. Dalam kajiannya, beliau dikatakan telah menjumpai 30 rangka manusia dari zaman Neolitik dan Hoabinhian.

rangka

Beliau juga dicatatkan turut menjumpai barangan tembikar, seramik serta peralatan memburu dan memproses makanan.
Dalam kajian mereka, Sievenking telah merumuskan kawasan pedalaman Kelantan telah dihuni manusia sejak ribuan tahun dahulu. Menurut beliau lagi, terdapat jangka masa sekitar satu ke dua ribu tahun gua tersebut tidak dihuni oleh sesiapa tetapi setelah itu dihuni kembali oleh masyarakat yang berbeza.

cha

Kesemua artifak yang dijumpai di Gua Cha termasuk rangka manusia tersebut telah dihantar ke Muzium Perak yang merupakan ibu pejabat Sievenking. Pada tahun 1957, Sievenking tidak lagi bertugas di Malaya dan kembali semula ke England telah membawa kesemua hasil kajian yang dijalankan oleh beliau di semenanjung Tanah Melayu termasuklah 30 rangka manusia dan artifak yang ditemui di Gua Cha.

Tahun 1979 merupakan kali terakhir Gua Cha dijadikan kawasan kajian ilmiah. Disebabkan oleh perubahan dasar kerajaan, para pengkaji tidak lagi berminat untuk ke Gua Cha ditambah lagi dengan lokasi gua yang dikatakan tercemar disebabkan keraja cari gali besar-besaran yang dilakukan pada tahun 1954 dan 1979. Pun begitu, Gua Cha tetap dipandang sebagai salah satu lokasi pra sejarah yang akan kekal di ingatan mereka yang tahu menghargai nilai sejarah.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.