Gua Musang Ditawan Komunis

Pada 17 Julai 1948, sejarah dunia mencatatkan Gua Musang, Kelantan telah ditawan oleh pengganas komunis. Pada masa ini, penduduk dimaklumkan bahawa Gua Musang merupakan kawasan terakhir yang dibebaskan oleh PKM dari penjajah dan seluruh Tanah Melayu telahpun menjadi milik PKM. Semasa, Gua Musang ditawan komunis, hubungan antara Gua Musang dengan kawasan lain di Persekutuan Tanah Melayu telah terputus dan Gua Musang merupakan kawasan pertama dan terakhir yang berjaya ditawan oleh komunis.

komunis

Dalam beberapa buah buku catatan sejarahwan, menyatakan sekumpulan pengganas telah menyusup masuk ke pekan Gua Musang pada awal Julai, 1948. Sekumpulan pengganas ini telah berpecah dan memasuki kampung-kampung untuk menangkap ketua kampung di Gua Musang. Pengganas-pengganas ini juga telah meggepung balai polis Gua Musang di bawah Komander yang bernama Kim Siong. Seramai 15 anggota polis dan seorang inspektor telah diserang dan berjaya ditangkap setelah sejam berbalas tembakan. Menurut mendiang Chin Peng yang merupakan Setiausaha Agung PKM, pihak beliau telah berjaya menawan kesemua anggota polis yang kehabisan peluru untuk dijadikan sebagai tebusan. Ditambah lagi dengan kedudukan anggota PKM yang lebih tinggi iaitu berada di atas Bukit Batu Kapur menyebabkan mereka lebih mudah untuk menyerang balai polis yang terletak di lembah.

komunis masuk

Pihak pengganas telah mengambil alih pekan Gua Musang dan kampung-kampung yang berdekatan tanpa sebarang halangan. Gua Musang telah diputuskan hubungan komunikasinya dengan dunia luar lantaran satu-satunya alat komunikasi di daerah itu telah dimusnahkan. Segala bantuan pemerintah Inggeris untuk menyelamatkan Gua Musang terbengkalai angkara pengganas. Gua Musang gagal diselamatkan. Gua Musang menjadi mangsa jajahan pertama Parti Komunis Malaya di semenanjung Tanah Malayu. Namun, Gua Musang satu-satunya kawasan yang disebut oleh PKM sebagai kawasan yang dibebaskan daripada penjajah Inggeris yang kekal dalam sejarah hingga ke hari ini. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Persekutuan Tanah Melayu untuk menyelamatkan Gua Musang termasuklah dengan menghantar bantuan dan melancarkan serangan udara. Selama lima hari Gua Musang masih kekal sebagai Rebublik Komunis di Tanah Melayu.

kumpulan

Dalam sejarah juga turut mengatakan, PKM telah menilai kembali cadangan mengenai strategi pendekatan mereka untuk menubuhkan satu kawasan yang bebas penjajah dan mereka telah memilih negeri Kelantan. Chin Peng juga dikatakan telah menggerakkan gerila-gerila Islam baru ditubuhkan ke Gua Musang tanpa memaklumkan kepada mereka berkenaan kawasan bebas penjajah yang akan ditubuhkan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, maklumat tentang perkara ini tidak didedahkan dalam bukunya dan Chin Peng dikatakan mungkin menggunakan sentimen Islam untuk menawan Kelantan. Pada 21 Mei 1949, Rejimen ke 10 telah ditubuhkan di Kerdau yang dikuasai oleh nasionalis tempatan dan tokoh-tokoh muda yang berpendidikan Islam. Rejimen ini terdiri daripada lima pasukan lelaki dan satu pasukan wanita. Pertempuran pertama mereka dengan pasukan keselamatan adalah di Bukit Kuin, Pahang.

rejimen

gerakan wanita

Namun begitu, Rejimen ini dikatakan tidak pernah tiba di Gua Musang kerana segala strategi yang dirancang menemui jalan buntu ditambah lagi apabila rejimen ini telah berpecah dan mereka terpaksa berundur. Hasrat PKM untuk menawan Gua Musang menemui kegagalan dan Chin Peng menyalahkan pemerintahan Komunis yang tergesa-gesa dalam tindakan mereka untuk menawan daerah Gua Musang. Penjajahan Komunis ini telah mencatatkan banyak pertumpahan darah di Tanah Melayu dan Gua Muasang antara daerah yang paling teruk diancam komunis. Ramai rakyat Kelantan yang terkorban di tangan komunis dalam mencapai kepentingan mereka. Walaubagaimanapun, setelah penubuhan KESEDAR, segala ancaman komunis berjaya dipatakan dan banyak perubahan yang telah dilakukan ke atas Gua Musang.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.