Haji Ali Pulau Pisang (1899 – 1968) Tokoh Paling Ternama Kelantan Abad Ke-20

Haji Ali Pulau Pisang atau nama sebenarnya Haji Mohd Ali Solahuddin bin Awang merupakan salah seorang guru pondok yang paling ternama di Kelantan pada pertengahan abad ke-20. Haji Mohd Ali Solahuddin ini dilahirkan di mukim Pulau Pisang, daerah Badang, Koa Bharu pada 1899.

hajiali

Beliau merupakan anak ketiga daripada 9 beradik. Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, Haji Mohd Ali Solahuddin ini juga merupakan murid harapan Tok Kenali terkanan yang telah mewarisi ilmu tatabahasa Arab. Selain daripada Tok Kenali, beliau juga turut berguru dengan guru-guru tempatan yang lain seperti Hj. Malek Sungai Pinang, Tok Pulau Ubi, dan Tok Kemuning.

Beliau juga digelar sebagai ‘Tok Sibaweh’ kerana kealimannya beliau dalam ilmu soraf dan dari situ jugalah nama beliau timbul dan semakin dikenali ramai. Lantaran hal ini, Madrasah al-Falah yang dibangunkan oleh beliau di Teluk Chekering, Pulau Pisang sering menjadi tumpuan pelajar pondok.

hajiali_1

Haji Mohd Ali Solahuddin juga pernah dipilih untuk menganggotai Jemaah Ulama’ MAIK yang dipengerusikan oleh Dato’ Haji Ahmad Maher al-Azhari (Mufti Kerajaan Kelantan) seawal tahun 1932 lagi. Beliau juga pernah diangkat menjadi guru agama kelas khas di Jami’ Merbau al-Ismail yang menampung ramai pelajar elit dari dalam dan luar Kelantan pada awal dekad 1940-an, yakni selepas kematian Haji Saad Kangkong 1943. Beliau telah berkhidmat sehingga 1 Mac 1946 dan selepas itu kembali semula ke kampus Masjid Muhammadi.

Antara murid-murid harapan Haji Mohd Ali Solahuddin ini ialah Dato’ Hj. Ismail Yusoff, Ustaz Dato’ Yusoff Zajy Yaakub, Ustaz Wan Mohd Saghir Wan Konok Pasir Pekan, Ustaz Azhari Abdul Rahman Melor, Hj. Daud Getting, dan lain-lain. Haji Mohd Ali Solahuddin dicatatkan telah kembali ke rahmatullah di kediamannya di Kampung Limau Putenge, Pulau Pisang pada jam 7.05 pagi Khamis, 11 Rejab 1388 bersamaan 3 Oktober 1968 dengan meninggalkan dua buah karya bercetak yang mengupas tentang ilmu soraf dan terjemahan surah Yasin.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.