Histeria Menyerang Puluhan Pelajar Sekolah Di Kelantan

Histeria bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia Melayu dan ianya telah wujud sejak berzaman lagi. Histeria merupakan sejenis penyakit yang dikatakan mempunyai kaitan dengan hantu, makhluk halus serta gangguan syaitan. Golongan yang biasa diserang histeria ialah kaum wanita. Hal ini demikian kerana, perkataan histeria itu sendiri yang berasal daripada perkataan hystron yang bermaksud rahim wanita dan sekiranya berlaku apa-apa pada rahim wanita, maka ianya akan turut mempengaruhi emosi dan minda mereka. Jadi, tidak pelik kenapa histeria sering menyerang kebanyakan wanita berbanding lelaki. Histeria ini seringkali menjadi isu perdebatan dunia perubatan kerana penyakit histeria itu sendiri tidak dapat dipastikan dengan perubatan moden melainkan ianya berkaitan dengan kepercayaan serta budaya dalam sesuatu masyarakat.

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, serangan histeria ini seringkali menggemparkan masyarakat setempat kerana ianya merupakan kejadian yang membuatkan mereka turut merasa gementar. Begitulah yang terjadi setahun lalu kepada puluhan pelajar dan beberapa orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 di Kelantan yang mana telah diserang histeria ketika waktu persekolahan. Disebabkan itu, sekolah tersebut telah diberikan cuti peristiwa pada 14/4/16 bagi memberi peluang untuk memulihkan kembali semangat mereka yang diserang histeria agar dapat meneruskan kehidupan harian mereka dengan baik. Walaubagaimanapun, cuti tersebut telah dipanjangkan selama tiga hari kerana serangan ini dikatakan semakin serius.

sekolah_diberikan_cuti

Selepas kejadian itu, pengetua sekolah mereka telah memanggil pengamal perubatan Islam untuk melihat kawasan yang berkemungkinan ‘keras’ untuk memulihkan kawasan berkenaan agar kejadian ini tidak lagi berulang. Guru-guru sekolah tersebut telah diminta untuk membaca al-Quran, yassin serta berzikir agar tempat dan kawasan yang dikatakan ‘keras’ itu dapat dilumpuhkan demi kesejahteraan dan keselamatan para pelajar. Hal ini demikian kerana, kejadian histeria yang menyerang puluhan pelajar sekolah tersebut telah menyebabkan pelajar-pelajar lain turut terganggu.

Histeria di sekolah

Dalam kejadian tersebut, ada yang mendakwa telah ternampak sesuatu yang menyerupai pocong di dalam sebuah kelas kosong. Menurut cerita salah seorang mangsa, Raja Nor Atikah,17 kedua-dua belah tangannya merasa kebas sebelum fikirannya menjadi serabut dan meracau-racau yang kemudiannya telah ‘berjangkit’ kepada pelajar lain. Dalam kejadian tersebut, mangsa merasa dunianya seolah-olah kelam dan gelap serta menyebabkannya menangis sehingga perkara itu megejutkan guru-guru sekolah tersebut. Beberapa guru wanita berusaha menenangkan beliau agar tidak terus meracau. Walaupun sekolah tersebut diberikan cuti tiga hari, namun kejadian itu tidak berakhir dengan baik bahkan semakin memburuk.

nama-fail

guru yang dirasuk

Hal ini kerana, setelah sekolah dibuka, sekali lagi sekolah tersebut diserang histeria dan kali ini turut melibatkan beberapa orang guru yang cuba untuk membantu pelajar yang kerasukan. Tidak lama selepas itu, dilaporkan tiga buah sekolah telah mengalami nasib yang sama di mana hampir 30 pelajar dan seorang guru turut mengalami gangguan histeria ini. Antara sekolah yang menjadi mangsa ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Kemumin, dan Sekolah Menengah Kubang Kerian 3. Kejadian terbabit dikatakan berlaku sekitar waktu rehat dan bermula apabila seorang pelajar perempuan telah melihat lembaga hitam yang melintas sewaktu beliau ke tandas. Kejadian ini amat membimbingkan guru-guru kerana ianya telah menjejaskan pembelajaran dan emosi pelajar. Mereka berharap agar perkara sebegini tidak lagi berulang dan para pelajar dapat meneruskan persekolahan seperti biasa tanpa apa-apa gangguan.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.