Ikan Bakar Kedai Buloh Memikat Selera

Berhampiran Pantai Cahaya Bulan terdapat sebuah restoren terkenal yang dikenali sebagai Medan Ikan Bakar. Medan Ikan Bakar ini terletak di Kedai Buloh dan sangat mudah untuk dikunjungi. Bagi anda yang inginkan kelainan dalam masakan hidangan panas bolehlah berkunjung ke sini. Medan Ikan Bakar ini juga sering menjadi tumpuan pengunjung yang meminati ikan bakar terutamanya ketika cuti persekolahan. Terdapat pelbagai jenis masakan yang disediakan di sini yang pasti akan memuaskan hati.

pelbagai jenis

Restoren ikan bakar ini juga didirikan di tebing sungai yang pastinya akan memberikan suasana nyaman kepda pengunjung. Selain dapat menikmati hidangan ikan bakar, pengunjung juga dapat melihat alam ciptaan tuhan yang terbentang di depan mata. Suasana sebegini juga dapat memberikan ketenangan dan kedamaian yang tak ada di mana-mana ibu kota. Restoren ini biasanya mula beroperasi pada pukul 5 ke atas. Di sini juga terdapat satu lagi restoren yang dikenali sebagai Food Village yang juga turut menyediakan hidangan yang menyelerakan.

medan

Persekitaran di kawasan restoren ini juga merupakan perkampungan masyarakat tidak pernah kecewa dalam memberikan kesan nyaman kepada pengunjung. Pengunjung juga berpeluang untuk melihat suasana matahari terbenam dan pastinya suasana sebegini akan memberikan kesan yang positif kepada minda manusia lantaran manusia itu sendiri sangat sukakan sesuatu yang indah. Sementelah, restoren yang dibina di tebing sungai ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan mampu menarik kedatangan ramai pengunjung lebih-lebih pemandangan ketika waktu malam yang sememangnya menyenangkan hati.

tebing sungai

malam

Di kawasan ini juga turut disediakan kemudahan awam untuk kegunaan pengunjung selain adanya taman rekreasi untuk kanak-kanak. Justeru itu, tempat ini sangat sesuai untuk kunjungi seisi keluarga. Medan Ikan Bakar ini juga mampu menarik minat pengunjung dari Kelantan. Terdapat satu lagi restoren ikan bakar yang terkenal di Kelantan iaitu Restoren Juara Ikan Bakar yang mana turut menyedikan pelbagai jenis masakan yang memikat selera dengan harganya yang juga berpatutan serta tidak membebankan pengunjung yang pertama kali ingin mencubanya.

suasana

juara ikan bakar

Apa yang uniknya di Juara Ikan Bakar ini ialah rasa sos iakan bakarnya yang tidak didapati di mana-mana restoren. Malah, rasa makanannya juga sangat sedap dan berbalaoi. Terdapat pelbagai jenis ikan yang disediakan seperti ikan siakap, kerapu, dan jenahak. Selain daripada ikan, terdapat juga makanan laut yang lain misalnya udang, ketam, sotong dan banyak lagi makanan laut yang lain. Istimewanya lagi di sini, anda boleh memilih sendiri lauk yang diinginkan dan kerja memasaknya akan diserahkan kepada pekerja restoren. Jika anda ingin mencuba keenakkan ikan bakar, bolehlah berkunjung ke sini. Pastinya anda akan dihdangkan dengan pelbagai makanan laut.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.