Inilah Kelantanku, Rakyat Hidup Harmoni Di Bawah Naungan Raja Yang Mulia

Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang terletak di Pantai Timur Malaysia dan mendapat jolokan sebagai negeri “Serambi Mekah” oleh rakyat Malaysia. Selain Serambi Mekah, Kelantan juga amat terkenal dengan panggilan negeri “Cik Siti Wan Kembang” dan “Tanah Serendah Sekebun Bunga”.

Kelantan

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, Kelantan sudah pun terkenal dengan keunikkan budayanya di samping mempunyai daya tarikannya yang sendiri serta sering menjadi tempat pilihan oleh pelancong luar. Kelantan juga kaya dengan pelbagai jenis makanan, corak kehidupan, budaya dan sebagainya. Masyarakat Kelantan juga sangat baik, mesra dan prihatin serta murah dengan senyuman.

gasing

seni

Rakyat Kelantan hidup dalam keadaan harmoni di bawah pemerintahan raja yang berhati mulia dan berjiwa rakyat iaitu Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V. Bercerita tentang kebudayaan, Kelantan merupakan antara negeri yang mengugguli carta teratas dalam negara berkenaan hal-hal kebudayaan.

l"wayang_kuliat"

Hal ini kerana, rakyat Kelantan sangat menjunjung tinggi warisan seni yang ditinggalkan oleh nenek moyang bahkan masih segar diamalkan sehingga kini. Sebagai contoh, permainan dikir barat, makyong, main teri serta permainan tradisional yang lain masih lagi dikekalkan. Main teri misalnya merupakan budaya yang hanya terdapat di Kelantan dan tiada di lain-lain negeri.

dikir-barat

x3q1l1ka5/21

Hal ini dapat dilihat dengan jelas sekiranya Kelantan dikunjungi oleh pelancong luar. Pelancong luar biasanya akan terpegun dengan seni warisan dan adat budaya yang masih lagi diamalkan di sini. Selain itu, seni budaya yang diamalkan di kelantan juga merupakan cerminan kepada budaya lain yang ada di sekeliling mereka.

image

Kelantan juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi khususnya bagi mereka yang datang bersama keluarga. Pantai-pantai yang ada di sini, sangat sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga ataupun untuk mereka yang ingin merehatkan minda dan jiwa daripada kesibukkan hidup di kota.

Antara pantai-pantai yang terdapat di kelantan ialah Pantai Sri Tujuh, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Senok, Pantai Irama dan sebagainya. Suasana di pantai ini sangat harmoni dan sesuai untuk merehatkan minda. Pantai-pantai ini akan lebih meriah ketika musim cuti ataupun ketika adanya acara-acara tertentu yang diadakan di kawasan pantai.

5097889_orig

pantai cahaya bulan

CFMbB_vVAAEDYLn

Tempat membeli-belah juga pastinya akan memuaskan hati anda lantaran Kelantan turut terkenal dengan harga barangan yang jauh lebih murah berbanding negeri-negeri lain misalnya di kawasan bebas cukai Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor serta Wakaf Che Yeh Kota Bharu. Pusat membeli-belah ini merupakan antara pusat barangan murah bahkan sudahpun terkenal oleh masyarakat luar . Banyak barangan murah dengan kualiti yang terjamin yang boleh anda dapatkan ketika berkunjung di kelantan.

rantaupanjang

L1082704

Pasar Siti Khadijah juga merupakan antara pasar yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat Kelantan. Terdapat banyak barangan yang dijual di sini dan apa yang istimewanya, kebanyakkan penjual di Pasar Siti Khadijah ini dipelopori oleh kaum wanita. Hal ini membuktikan, kaum wanita Kelantan mampu berdikari dan sangat suka akan peniagaan. Bagi anda yang berkunjung ke Kelantan, jangan lepaskan peluang untuk singgah di pasar ini.

1342266_orig

Tambahan pula, Kelantan amat terkenal dengan makanan tradisional bahkan ianya sudah sebati dalam diri setiap anak Kelantan. Apa yang uniknya mengenai makanan Kelantan ialah ianya jarang didapati di luar dan kalau pun ada, pasti rasanya tidak sama dengan makanan yang terdapat di Kelantan. Justeru itu, banyak makanan dan kuih tradisional yang digemari oleh orang luar seperti kuih akok, kuih cek mek molek, kuih lompat tikam dan sebagainya.

2435423_orig

8536956_orig

lompat tikam

Rakyat Kelantan sangat tinggi dengan semangat kenegerian mereka. Hal ini boleh dilihat apabila adanya perlawanan bola sepak. Pasti yang memenuhi stadium bola sepak, adalah penyokong “The Red Warriors”. Ini membuktikan bahawa rakyat Kelantan amat mementingkan semangat setia kawan dan sentiasa bersemangat menyokong pasukan bola sepak Kelantan. Termasuklah ketika berada di luar Kelantan yang mana rakyat Kelantan sentiasa bersatu hati.

Kelantan-FA-fans

Pengalaman serta kenangan ketika berada di kelantan pastinya akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Bagi anda yang ingin merasai sendiri keunikkan budaya serta makanan yang ada di kelantan, bolehlah berkunjung ke sini. Banyak keistimewaan yang akan anda perolehi dan pastinya akan menguntungkan anda sendiri kerana di sinilah anda akan merasai suasana kemelayuan yang sebenar.

Keharmonian hidup antara masyarakat Kelantan telah membuktikan bahawa raja yang memerintah berjaya menyatupadukan rakyat di bawah satu naungan. Justeru itulah, raja Kelantan sangat dikasihi oleh rakyatnya lantaran pemerintahan baginda yang berjiwa rakyat dan suka membantu rakyat yang kesusahan.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.