Istana Balai Besar Kota Bharu, Kelantan

Istana Balai Besar merupakan salah satu bangunan bersejarah di Kelantan bahkan, ianya seusia dengan Kota Bharu yang mana kedua-duanya dibangunkan pada tahun 1844 Sultan Muhammad II. Bandar Kota Bharu telah diwujudkan untuk menggantikan Kota Lama sebagai pusat pentadbiran Kelantan. Manakala, Istana Balai Besar pula dibina untuk menggantikan Istana Kota Lama yang sebelumnya merupakan tempat Sultan-sultan terdahulu bersemayam.

istanabesar

Pembinaan Istana Balai Besar ini telah dibina oleh tukang mahir di Kelantan dan diketuai oleh tukang mahir yang berasal dari Terengganu iaitu Muhammad Salleh yang juga menetap di Pasir Mas. Pada masa itu, Muhammad Salleh merupakan satu-satunya orang yang berpengalaman dalam membuat ukiran.

balai

Istana ini juga merupakan lambang identiti pemerintahan Kelantan serta merupakan sebuah bangunan yang mengekalkan sumber adat dan warisan Melayu. Segala upacara seperti kemahkotaan, pertabalan, dan sebagainya telah dilangsungkan di istana ini.

balai-besar-1

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, sehingga ke hari ini, Istana Balai Besar masih lagi berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan segala upacara rasmi dan adat istiadat diraja. Walaubagaimanapun, selepas pemerintahan Sultan Muhammad IV, istana ini tidak lagi dijadikan sebagai kediaman oleh Sultan-sultan Kelantan.

balai2

Disamping itu, istana ini masih lagi berdiri megah di tengah-tengah bandar membangun, Kota Bharu. Bentuk istana ini juga masih dikekalkan serta dipelihara senibinanya kerana istana ini merupakan lambang warisan kebudayaan bangsa yang sangat bernilai.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.