Istana Bukit Tanah Tumpat, Kelantan

Istana Bukit Tanah merupakan satu-satunya istana yang terdapat dalam jajahan Tumpat. Istana Bukit Tanah ini telah dibina sebelum zaman penjajahan Jepun iaitu kira-kira pada tahun 1910 yakni pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad ke-IV. Tapak istana ini dipercayai telah ditimbun dengan tanah agar kedudukannya kelihatan tinggi kerana tapak asalnya yang agak rendah.

istana_bukit_tanah_0

Istana ini mendapat nama Istana Bukit tanah kerana kedudukannya yang kelihatan agak tinggi seolah-olah terletak dia atas bukit. Keluasan tapak istana ini hampir mencecah 3 ekar dan kawasan sekitarnya juga dikelilingi pokok-pokok besar yang agak berusia. Istana ininkelihatan tersergam indah dalam jajahan Tumpat.

istana-bukit-tanah-3

Dahulunya, istana ini cukup terkenal dengan sebatang pokok yang dikenali sebagai pokok Kelumpang. Pokok Kelumpang ini dikatakan mempunyai ketinggian yang sangat tinggi sehingga boleh dilihat dari pesisiran Laut Cina Selatan. Namun begitu, pokok ini telahpun tumbang dimamah usia.

Istana Bukit Tanah ini masih lagi digunakan sebagai istana persinggahan dari pemerintahan Sultan Ismail sehinggalah sekarang. Pemandangan di sekitar istana ini juga sangat tenang ditambah pula ianya dikelilingi oleh pokok-pokok besar menambahkan lagi keindahan dan keharmonian suasana pemandangan di sekitar Istana Bukit Tanah tersebut.

istana-bukit-tanah-2

Istana Bukit Tanah ini wajar dipelihara lantaran ianya merupakan warisan pemerintahan Kelantan yang telahpun wujud sebelum zaman penjajahan Jepun lagi. Sementelah, kewujudan Istana Bukit Tanah ini jelas menunjukkan kedaulatan seseorang raja yang telah memerintah dari zaman berzaman lagi.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.