Jambatan Guillemard Sungai Kursial Tanah Merah

Jambatan Guillemard merupakan jambatan yang sebahagian besarnya dibina daripada besi. Jambatan ini merupakan jambatan besi yang terpanjang di Malaysia. Pembinaannya merentasi Sungai Kelantan yang bermula dari Paloh Rawa, Machang ke Kursial, Tanah Merah.

besi

Jambatan ini mula dibina pada tahun 1920 dan siap pada Julai 1924. Jambatan ini telah dirasmikan oleh Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada tahun 1925. Tujuan utama pembinaan jambatan ini adalah untuk dijadikan sebagai laluan kereta api dan kenderaan-kenderaan yang lain.

6he09txhp/01

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, nama jambatan ini diambil sempena nama seorang Gabenor Brtish iaitu Sir Laurence Guillemard. Peneraju utama dalam pembinaan jambatan ini ialah Metro Carriage Wagon & Finance Company Limited, Wednesbury Works, England dan panjang jambatan ini adalah kira-kira 609.6 meter.

kqdmrwc0d/j21

Mungkin kebanyakkan masyarakat kelantan lebih mengenali jambatan Guillemard ini sebagai jambatan Kursial dengan mengambil nama Kampung Kursial yang terletak di sebarang Sungai Kelantan dalam jajahan Tanah Merah. Jambatan Guillermard ini cukup terkenal sebagai jambatan terpanjang di Malaysia bahkan ianya telah menarik banyak perhatian pelancong asing.

fdosdro3x/98_big

Walaubagaimanapun, jambatan Guillemard ini pernah mengalami kemusnahan apabila British terpaksa meletupkan jambatan tersebut bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai pada 12 Disember 1941. Pun begitu, jambatan ini telah dibaikpulih setelah tamatnya Perang Dunia Kedua dan dirasmikan sekali lagi oleh Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 7 September 1948.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.