Kampung Kraftangan Simbol Pelancongan Negeri Kelantan

Kampung Kraftangan dan Muzium Kraftangan merupakan salah satu wadah aternatif yang dilakukan oleh kerajaan sebagai tarikan pelancongan. Kampung Kraftangan dan Muzium Kraftangan ini dimuatkan dalam zon kebudayaan dan walaupun Kampung Kraftangan ini bukanlah kampung yang sebenar, ianya tetap menjadi simbol kebudayaan untuk menarik kedatangan pelancong luar ke Kelantan. Kampung Kraftangan ini terletak berdekatan dengan Istana Balai Besar dan Bazar Buluh Kubu. Ianya amat mudah untuk dikunjungi.

kg kraf

muzium

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, Di Kampung Kraftangan ini menjual bermacam jenis cenderamata yang boleh dijadikan kenangan ketika berada di kelantan ataupun boleh juga dijadikan sebagai hadiah kepada orang tersayang. Hasil kraftangan dan barangan tradisional termasuklah ukiran kayu, songket barang anyaman rotan juga turut dijual di sini dengan harga yang berpatutan.

barang

jualan

Seperti yang dikatakan, Kampung Kraftangan dan Muzium kraftangan ini terletak dalam zon kebudayaan. Oleh itu, terdapat banyak lagi bangunan bersejarah di sekelilingnya yang boleh dilawati dalam masa yang sama seperti Istana Balai besar, Bank kerapu, Istana Jahar serta banyak lagi bangunan bersejarah yang lain. Bagi pelancong yang pertama kali melancong ke Kelantan, pastinya anda tidak akan menyesal kerana Kelantan cukup terkenal dengan seni budaya yang cantik di samping masyarakatnya yang cukup baik dan mesra.

bank

istana

Selain itu, pelancong juga berpeluang untuk melihat demokrasi sulaman tradisional, anyaman rotan, mencanting batik, membuat ukiran kayu yang dilakukan oleh tukang mahir. Hal ini pastinya akan memberikan pengalaman dan kenangan yang sangat berharga terutamanya bagi mereka yang pertama kali melihat perkara-perkara tersebut. Selain itu, Kampung kraftangan ini juga amat sesuai untuk dikunjung seisi keluarga lantaran ianya sentiasa mendapat sambutan khususnya semasa cuti persekolahan.

batik

Berdekatan Kampung Kraftangan ini juga, turut terdapat restoren yang cukup terkenal dalam masyarakat Kelantan iaitu Restoren Nasi Ulam Cikgu Hamid. Restoren ini sangat terkenal dengan masakan asli negeri kelantan yang menggunakan resepi turun menurun keluarga mereka. Pelbagai jenis ulam-ulaman serta lauk disediakan di sini dengan harga yang berpatutan. Restoren ini juga dikatakan turut menjadi simbol kepada negeri kelantan dan sangat rugi bagi mereka yang tidak menjejak kaki Ke sini.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.