Kampung Sungai Lakit, Gua Musang Penuh Misteri

Kejadian misteri yang sering berlaku di jalan Kuala Krai-Gua Musang bukanlah sesuatu yang baharu bahkan ianya sudah lali diperdengarkan oleh masyarakat setempat. Jalan Kuala Krai-Gua Musang ini didakwa sering terjadinya kemalangan serta turut berlaku kejadian pelik dan misteri. Jalan yang sering ‘memakan darah’ ini dikatakan ‘keras’ apatah lagi dengan kemalangan yang sering berlaku seolah-olah mengiyakan lagi desas-desus yang kian meniti di bibir masyarakat.

kemalangan

Sumber ini dipetik daripada Sinar Harian yang telah melaporkan tentang kemalangan yang berlaku di jalan Kuala Krai-Gua Musang pada 6 April 2017. Menurut cerita beberapa mangsa yang pernah diganggu oleh ‘sesuatu’ ketika melalui jalan ini, ada yang ternampak seorang wanita yang sedang mendukung bayi melintas jalan pada waktu malam. Malah, ada yang mendakwa, melihat sesusuk tubuh berwarna putih yang sedang berterbangan serta mengeluarkan bunyi yang menyeramkan.

sinar harian

pengalaman diganggu oleh ‘sesuatu’ ini pastinya akan meninggalkan kesan trauma terutama bagi mereka yang agak lemah semangat. Hal diganggu ‘sesuatu’ ini juga turut diakui oleh seorang penduduk kampung menerusi laman facebooknya, yang mana semasa beliau dan isterinya tiba di kawasan Kesedar, Paloh, tingkap di bahagian keretanya tiba-tiba bertukar gelap bahkan setelah menekan brek untuk membiaskan cahaya juga gagal dilakukan. Bertambah teruk lagi, apabila kereta yang dipandu beliau terasa berat walhal beliau menekan minyak dengan sekuatnya. Bunyi cengkaman yang kuat pada bumbung kereta menambahkan lagi rasa panik mereka.

hantu

Gangguan tersebut tidak berhenti di situ. Kali ini pintu di bahagian penumpang pula seperti dirobek dan ingin dibuka oleh ‘sesuatu’. Jelasnya lagi, semakin kuat ayat suci al-Quran dipasang, semakin banyak bunyi di sekeliling kereta beliau. Setibanya di Paloh, keadaan kembali normal namun, kesan daripada gangguan itu cukup jelas di kereta mereka. Terdapat kesan calar pada bumbung dan but belakang kereta. Menurut beliau lagi, kejadian seperti ini bukanlah kejadian yang pertama kali yang menimpa mereka. Hal ini kerana, kejadian pertama yang dialami dikatakan lagi teruk dari yang kali ini.

Sementara itu, terdapat beberapa lagi mangsa yang mendakwa turut melihat objek ‘pelik’ yang berterbangan di udara pada malam ketika menuju ke Gua Musang. Begitu juga dengan seorang mangsa lagi yang dari Kuala Lumpur menuju ke Besut dikatakan telah melanggar ‘sesuatu’. Namun, setelah diperiksa tiada apa-apa disitu kecuali bahagian hadapan keretanya dikatakan remuk serta terdapat beberapa helaian rambut panjang yang melekat di kawasan tersebut.

jalan

Walaubagaimanapun, ramai juga antara penduduk setempat yang mengakui bahawa mereka tidak pernah pernah diganggu sepertimana yang telah dikhabarkan. Pun begitu, kisah kejadian misteri ini terus tersebar dari mulut ke mulut dan sejauh mana kebenarannya juga tidak dapat dipastikan. Terpulang kepada pembaca orangkelantan.com untuk percaya atau tidak tentang kewujudan ‘sesuatu’ atau lebih tepat makhluk halus yang dikatakan sering menganggu kehidupan manusia.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.