Kawal Banjir Melalui Teknologi Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) Di Kelantan

Menurut Datuk Sr Dr Mohd Zaid Abdullah selaku Presiden Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) berkata, Teknologi kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) mampu membantu mengawal banjir yang sering melanda negara terutamanya di Kelantan. Sumber dipetik daripada Sinar Online.

uav3

Hal ini kerana, alat UAV dikatakan mampu membuat jangkaan awal terhadap kawasan takungan air serta legeh sungai di kawasan hulu Kelantan lebih-lebih lagi dengan adanya bentuk muka bumi hasil pemetaan awal yang dibuat menggunakan UAV memudahkan urusan untuk mengesan sekiranya banjir bakal berlaku. Ini merupakan satu tindakan yang bagus dalam usaha mengawal banjir.

UAV_2

Selain itu, pihak PEJUTA juga turut menggunakan teknik persekitaran maritim untuk mengukur paras air sungai semasa dan selepas berlakunya banjir. Menurut Datuk Sr Dr Mohd Zaid Abdullah, pihaknya telah membuat pemetaan dengan menggunakan teknik tersebut di Sungai Aring dan Sungai Lebir di Gua Musang pada hujung tahun lepas dan data yang diperoleh diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk tindakan yang selanjutnya.

aring

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, hasil daripada data yang diperoleh pula, pihak JPS boleh membuat perancangan dan persiapan rapi sama ada untuk mendalamkan sungai ataupun membina benteng bagi menghalang air sungai daripada melimpah dan seterusnya menghalang daripada berlakunya banjir di Kelantan.

Sungai

Cara sebegini dikatakan lebih berkesan berkesan disamping kos untk UAV dikatakan lebih murah ditambah lagi ukurannya yang tepat dan menjimatkan masa berbanding teknik kaedah konvensional yang menggunakan kapal terbang mahupun helikopter. Kata beliau lagi, banyak syarikat juruukur yang telah menggunakan teknologi tersebut lantaran kosnya yang lebih murah.

UAV_Pa1

Pun begitu, pengguna UAV perlu terlebih dahulu mendapatka permit penerbangan daripada JUPEM untuk tujuan keselamatan sekiranya berlaku apa-apa hal yang tidak diingini. Bagi pengguna yang menerbangkan UAV tanpa permit yang sah, UAV boleh dirampas oleh pihak berkuasa dan penggunanya boleh dipenjarakan maksimun 14 tahun jika sabit kesalahan di bawah Akta 4 dan 7 Akta Rahsia Rasmi. Diharapkan, dengan adanya teknologi ini, ianya akan dapat membantu mengawal banjir yang sering melanda negeri Kelantan.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.