Keindahan Yang Tersimpan Di Taman Negara Kuala Koh Di Jajahan Gua Musang, Kelantan

Taman Negara Kuala Koh terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Taman ini terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan Hutan Simpan Lebir. Taman Negara Kuala Koh merupakan sebahagian daripada Taman Negara Semenanjung yang meliputi 4343 km persegi yang mana kedudukannya termasuk negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Kelantan
Taman

Taman negara ini juga merupakan rumah kepada pelbagai spesis flora dan fauna yang unik. Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak kira-kira 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ianya mudah dihubungi oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Kelantan2
taman2

Aset semulajadi yang dimiliki oleh Taman Negara Kuala Koh khususnya kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R & D).

taman_negara
kuala_koh

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ialah pemerhatian burung yang melebihi 300 spesies, aktiviti memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan perkhemahan.

kual_koh
kuala_koh2

Bagi keselesaan pengunjung dan pelancong,terdapat kemudahan yang disediakan di Taman Negara Kuala Koh termasuklah chalet dan asrama, restoran,bilik mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, wakaf/pondok untuk istirehat, surau dan tempat letak kenderaan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.