Kelantan Di Bawah Naungan Empayar British Dan Jepun

Seperti yang kita sedia maklum, Kelantan pernah berada di bawah naungan Siam dan British serta kemudiannya di bawah Jepun. Pun begitu, semasa pemerintahan Siam, Kelantan tidak menerima kesan secara langsung yang mana rakyat Kelantan masih lagi meneruskan hidup seperti sediakala. Pada masa ini, rakyat Kelantan masih bebas untuk menuntut ilmu dan mengamalkan adat resam dan agama mereka.

british

Namun, apabila British masuk ke Kelantan, mereka mula campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Kelantan. Walaubagaimanapun, British tidak mencampuri urusan adat istiadat dan agama meskipun ada tangan yang cuba mengganggunya ketika Sir Laurence Guillermard menjadi Gabenor Malaya.

sir

Semasa pemerintahan British ini, rakyat Kelantan dibebani dengan pelbagai cukai dan hidup mereka seolah-olah hanya untuk membayar cukai. Hal ini merupakan satu bentuk penjajahan yang nyata terhadap rakyat Kelantan. Disebabkan itu, pada tahun 1915, Tok janggut telah bangkit untuk menentang serta menolak campur tangan British. Kebangkitan Tok Janggut ini juga disertai oleh Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang dan di Terengganu pula Abdul Rahman Limbong turut bangkit untuk menentang penjajahan British.

tok_janggut

Perjuangan tokoh-tokoh ini terus membara dalam segenap lapisan masyarakat. Demi menentukan pemerintahan sendiri atas nama kemerdekaan, banyak persatuan telah ditubuhkan semenjak tahun 1920-an. Semasa dunia diambang perang dunia kedua, Jepun menyedari bahawa semua rakyat dalam pemerintahan British mula memberontak dan mereka telah melancarkan slogan “Asia untuk Asia”.

Di tanah Melayu, slogan tersebut telah disambut oleh beberapa pertubuhan yang dikenali sebagai ‘Haluan Kiri’seperti AWAS, dan PKMM. Pun begitu, ternyata Jepun mempunyai agenda mereka yang tersendiri di sebalik slogan yang dilancarkan. Selepas British mengundurkan diri, nasib rakyat tanah Melayu bertambah buruk di tangan tentera Jepun. Mereka bertindak lebih kejam bahkan nyawa rakyat umpama tidak memberi apa-apa nilai kepada mereka.

jepun_bunuh

Pada waktu itu, British telah menyerahkan kesemua negeri-negeri Melayu tidak bersekutu kepada Siam. Namun, catuan makanan dan kerahan utuk menjadi buruh paksa tidak dapat dielakkan . Selepas Jepun kalah, negeri-negeri ini telah dimasukkan semula ke bawah Malayan Union. Apa yang terjadi di negeri-negeri Melayu ini telah menyedarkan pemimpin di Kelantan bahawa untuk mengelakkan sebarang ancaman baru atau yang lebih buruk, bangsa Melayu perlu bersatu kerana satu pemerintahan sendiri tidak boleh dilaksanakan jika bangsa Melayu tidak bersatu. Dari situlah, kemerdekaan dicapai demi kesejahteraan hidup.

`

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.