Kelantan Dilabel Sebagai ‘Negeri Sejuk’ Adanya Perpaduan Antara Kaum

Negeri Kelantan boleh dilabelkan sebagai sebuah ‘negeri sejuk’ yang mana masyarakatnya hidup dalam suasana aman dan damai biarpun terdiri daripada pelbagai kaum.

Kenangan

Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Sukri Omar berkata, walaupun berbilang kaum, namun masyarakat di Kelantan hidup bersatu padu dan saling tolong-menolong serta hormati-menghormati sesama mereka. Sikap toleransi yang ada dalam diri setiap masyarakat juga turut menjadi salah satu asbab kukuhnya perpaduan antara mereka.

“Negeri ini boleh dikatakan ‘negeri sejuk’ kerana di sini hampir tiada apa-apa pergeseran kaum yang berlaku jika dibandingkan dengan negeri lain di pantai barat. Kalau ada pun, ianya hanyalah kes-kes kecil yang boleh diselesaikan dengan cara baik”.

image_4

“Masyarakat kita hidup dalam suasana harmoni dan tolong-menolong antara satu sama lain walaupun berlainan agama dan bangsa. Ianya menunjukkan proses asimilasi kaum yang baik”.

“Bukan sahaja selesa berpakaian, malah Melayu, India, Cina dan Siam, juga menghormati budaya dan agama yang lain”.

“Diharapkan agar keharmonian ini akan diteruskan dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat kebersatuan yang utuh,” katanya”.

image_3

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Gemilang Perpaduan My Rukun Negara Sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Daerah Gua Musang di Astaka Paloh 2, di sini.

Turut hadir, Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) daerah, Fadilah Hassan, Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Mohd Faris Awang.

Dalam pada itu, program berkenaan turut mempertandingkan beberapa acara termasuk gubahan tengkolok Jiran Wanita (Jiranita), pertandingan karaoke dan pertandingan pertunjukan fesyen 1Malaysia dalam kalangan kanak-kanak tabika perpaduan. Sumber Sinar Harian.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.