Kemuncak Populariti Bukit Bunga Pada Era 90-an.

Bukit Bunga merupakan salah satu kawasan desa yang terletak dibawah pentadbiran dan penguasaan pihak berkuasa Jajahan Tanah Merah. Bukit Bunga telah menjadi tumpuan para pelancong sama ada dari luar mahupun dalam negeri kerana disini terdapat banyak barangan dari Negara Thailand dan diniagakan dengan harga yang berpatutan.

bukit

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, sejarah asal usul nama Bukit Bunga ini dikatakan mendapat nama daripada kewujudan pelbagai jenis bunga terutamanya bunga kemboja yang tumbuh mekar di atas sebuah bukit berhampiran pada suatu masa dahulu.

barang

Bunga itu dikatakan ditanam seorang raja dari Thailand yang meninggalkan istananya di Pattani bersama keluarganya untuk membina tempat tinggal baru di atas bukit berkenaan pada awal kurun ke-19. Pun begitu, terdapat juga versi lain mengenai asal usul nama Bukit Bunga tersebut. Ianya dikatakan berasal daripada peristiwa seekor gajah bernama Merbunga yang mati di atas sebuah bukit berhampiran kampung berkenaan.

ramai

Akibat daripada kejadian tersebut, penduduk setempat telah menamakan penempatan itu dengan nama Bukit Bunga, namun bukit yang dikatakan menjadi tempat gajah itu mati sudah tiada dan kini telah menjadi lokasi Balai Polis Bukit Bunga. Bukit Bunga ini dikatakan telah dibuka pada 1985 yang mana di sepanjang deretan kiri dan kanan jalan ini menjadi tumpuan orang ramai lantaran banyak kedai-kedai yang dibuka. Kemuncak populariti Bukit Bunga ini adalah sekitar era 90-an.

bunga

Pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan termasuklah makanan, kelengkapan rumah, kraftangan dan banyak lagi barangan lain ditambah dengan lokasinya yang strategik sememangnya akan menarik perhatian pelancong. Disebabkan, Kelantan bersempadan dengan Buketa, Narathiwat Thailand, banyak barangan dari Thailand turut dijual disini.

makanan

Bukit Bunga juga turut menjadi salah satu destinasi pelancongan ditambah lagi dengan adanya pembukaan jambatan pada 2007 yang menjadi laluan rasmi ketiga ke Thailand selepas Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Apabila menyedari Bukit Bunga telah menjadi tumpuan pelancongan, pelbagai kemudahan telah dibina seperti kedai makan, hotel , rumah tumpangan, masjid, klinik kesihatan dan balai polis.

nama-fail

Tujuannya adalah untuk keselesaan pelancong yang berkunjung ke sini. Segala pembangunan berkaitan Pekan Bukit Bunga ini telah dilaksanakan bersama agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Majlis Daerah tanah merah (MDTM) selaku pihak berkuasa tempatan (PBT)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.