Kereta Putus Dua, Pemandu Maut Di Kampung Sungai Kelong, Pasir Puteh

Seorang pekerja kedai tayar meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan yang turut menyebabkan kereta Perodua Kancil yang dipandunya terputus dua di Kampung Sungai Kelong.

Nahas yang berlaku jam 6 petang di Kilometer 32.5, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu itu menyebabkan mangsa, Tuan Sabri Tuan Ismail, 40, beralamat di Kampung Belakang Forest di sini, cedera di kepala dan bahagian dalam selain patah kaki kiri dan kanan.

kemalangan

Tuan Sabri tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Tengku Anis sebelum disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan kira-kira jam 11.20 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhamad berkata, Tuan Sabri dikatakan pulang dari kerja untuk ke rumahnya di Kampung Bukit Abal.

Katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, keretanya dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar kenderaan pikap Toyota Hilux dari arah bertentangan.

“Kereta itu melanggar bahagian depan kanan Toyota Hilux sebelum terputus dua. Ketika siasatan dilakukan, bahagian depan kereta Kancil berada di dalam parit.

darah

“Semasa kemalangan, keadaan jalan kering dan cuaca baik dan siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan,” katanya.

Menurut Abdul Rozak, pemandu Toyota Hilux, Mohd Aswani Zulkipli, 37, beralamat di Kampung Bukit Yong di sini, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya lagi, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga mangsa jam 11.25 malam yang memaklumkan Tuan Sabri meninggal dunia di HTA.

Tambahnya, punca kematian disebabkan pelbagai trauma dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan jam 10.40 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Abal.

Al-Fatihah

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.