Kisah Disebalik Manek Urai, Kelantan

Manek Urai merupakan salah satu tempat yang terdapat di Jajahan Kuala Krai yang berada di bawah Daerah Olam Jeram. Manek Urai juga terkenal dengan pusat perkelahan air terjun Lata Rek yang terletak di Kampung Laloh, kira-kira 30 kilometer dari bandar Kuala Krai.

lama

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, Manek Urai ini telah dibahagikan kepada dua iaitu Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama. Mengikut cerita, Manek Urai Baru ini merupakan kawasan pindahan banjir. Pada asalnya, sebelum dibuat penempatan, kawasan ini merupakan kawasan kebun getah. Tapi telah dibeli oleh pihak kerajaan untuk dibuat tempat perpindahan. Manek Urai ini juga pernah terjejas teruk akibat banjir yang melanda Kelantan suatu masa dahulu.

banjir

Pasti ada yang tertanya-tanya, bagaimana Manek Urai ini mendapat nama. Sesetengah penduduk mengatakan bahawa nama kampung ini diambil sempena untaian kalung manik terurai. Namun, ada juga cerita lain disebaliknya. Orang tua-tua di kampung tersebut percaya bahawa nama Manek Urai diambil daripada nama seorang perempuan yang bernama Mak Nik Urai.

Menurut penduduk kampung, pada zaman dahuu terdapat seorang wanita yang cantik dan dikenali sebagai Mak Nik menetap di kawasan ini. Mak Nik dikatakan amat terkenal dengan rupa parasnya yang cantik jelita. Rambut beliau juga dikatakan panjang mengurai dan daripada sinilah, lahirnya nama Manek Urai.

Cerita ini diyakinkan lagi apabila ianya diakui oleh Penggawa Daerah Olak Jeram, Abdul Rahim Abdul Rahman, yang berkata asal nama Manek Urai yang diketahuinya memang diambil sempena nama Mak Nik Urai yang berasal dari Selatan Thailand serta merupakan golongan terawal yang menetap di kawasan berkenaan.

kereta_api

Selain itu, nama Manek Urai ini dikatakan mempunyai banyak versi. Namun, orang tua-tua di kampung ini lebih percaya bahawa nama Manek Urai diambil sempena nama Mak Nik Urai yang menetap di Kampung Pasir berhampiran landasan kereta api sekitar tahun 1940-an.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.