Kisah Disebalik Wakaf Tuan Farrer Pasir Puteh, Kelantan

Wakaf Tuan Farrer telah dibina pada tahun 1917 hingga 1919 oleh penduduk Pasir Puteh. Wakaf ini dibina khas untuk kemudahan para pengembara berhenti rehat. Wakaf Tuan Farrer ini juga dikatakan mempunyai nilai sentimental buat penduduk sekitar Pasir Puteh kerana ianya merupakan salah satu monumen bersejarah di Kelantan. Setelah siap dibina, wakaf ini telah dinamakan sempena nama Pemangku Penasihat British iaitu Roland John Farrer yang juga merangkap ketua Jajahan Pasir Puteh ketika itu.

lama

Wakaf Tuan Farrer ini terletak di bulatan Jalan Nara, Pasir Puteh serta berdekatan dengan Masjid Ibrahimi yang merupakan masjid besar dalam bandar Pasir Puteh. Wakaf ini dinamakan sempena nama beliau selepas beliau dihantar dari Singapura ke Kelantan untuk menjadi Pemangku Penasihat British sebagai langkah untuk memulihkan pentadbiran British di Kelantan selepas berlakunya penentangan rakyat kelantan terhadap penglibatan Inggeris di negeri ini.

tuan farrer

Selain itu, British juga telah menghantar The Malay States Guard untuk membenteras penentangan yang berlaku di Pasir Puteh. Pada masa inilah, Roland John Farrer turut dihantar ke Kelantan sebagai Pemangku Penasihat British dan juga sebagai Ketua Jajahan Pasir Puteh bermula tahun 1917 hingga 1919. Disebabkan ini jugalah, nama beliau telah terpahat pada wakaf yang dibina oleh penduduk kampung.

tuan

Wakaf Tuan Farrer ini telah dibina dengan menggabungkan dua unsur iaitu unsur senibina Melayu dan Inggeris. Lantaran itu, senibina wakaf ini dikatakan unik dan menjadi tarikan pelancong luar. Bumbung wakaf ini berbentuk “A” dan dihiasi dengan dekorasi perabung. Motif keris yang diukir disamping tertulisnya nama Tuan Farrer dalam tulisan khat jawi dan rumi juga turut menjadikan wakaf ini kelihatan istimewa.

Wakaf ini dikatakan menjadi kebanggaan penduduk Pasir Puteh kerana ianya adalah salah satu bukti kewujudan Inggeris di kelantan. Namun begitu, selepas 80 tahun wakaf ini gah berdiri sebagai mercu tanda bersejarah di Pasir Puteh, wakaf ini telah musnah akibat dirempuh oleh sebuah kereta pada tahun 2008.

wakaf

Pun begitu, pihak Majlis Daerah Pasir Puteh telah bersepakat telah membaikpulih wakaf tersebut sebagai langkah untuk mengekalkan tinggalan sejarah kependudukan Inggeris di Kelantan. Wakaf Tuan Farrer dibina kembali dengan mengukuhkan pagar batu disekelilingnya untuk menguatkan lagi kedudukan wakaf tersebut.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.