Kisah Pendulang Emas Di Gua Musang

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, di daerah Gua Musang terdapat golongan lelaki yang menjadikan aktiviti mendulang emas sebagai pekerjaan utama mereka sejak bertahun dahulu. Menurut penduduk di sana, bukan calang-calang orang yang boleh melakukan aktiviti mendulang emas ini ditambah lagi jika tidak mempunyai ilmu yang cukup pasti pencariannya adalah sia-sia. Sumber dipetik daripada Sinar Online, 4 Mei 2017.

image_1

Menurut salah seorang penduduk yang menjadikan aktiviti mendulang emas sebagai pekerjaannya yang dikenali sebagai Wan Nurul Firki Wan Abdullah, 26 berkata, beliau dia mula melibatkan diri dalam aktiviti ini sejak berumur 12 tahun lantaran mengikut bapanya ke hutan. Terdapat banyak pantang larang dan kejadian misteri yang dilaluinya sepanjang proses mendulang emas dan ianya amat memerlukan kesabaran yang tinggi.

Beliau mengakui ketika berumur 18 tahun, beliau pernah diganggu ketika mendulang emas yang mana ketika itu, beliau didatangi sekumpulan ular yang mengelilinginya di kawasan pinggir sungai. Selain itu, beliau juga pernah terasa ada sesuatu yang menarik kakinya serta meniup telinga ketika beliau ternampak emas sebesar biji jagung ketika mengayak. Tambah beliau lagi, sudah 14 tahun beliau terlibat dalam aktiviti mendulang emas dan beliau mampu menyara keluarganya dengan hasil penjualan emas selain membeli kebun dan belanja untuk majlis perkahwinannya.

image_2

Dalam proses mendulang emas tersebut, beliau sentiasa ingat akan kata-kata bapanya untuk tidak berputus asa dan melawan segala gangguan yang datang yakni makhluk yang dipercayai penunggu kawasan tersebut sekiranya beliau ingin mendapat emas di situ. Gangguan yang biasa diterima termasuklah jin dan ular. Firki berkata, sekiranya ada gangguan yang datang, beliau akan membaca surah al-Fatihah, selawat, Surah Tiga Qul dan ayat Kursi.

Sekiranya pendulang mampu bertahan dengan gangguan-gangguan yang ada maka pendulang tersebut akan mendapat hasil yang banyak. Beliau juga turut memberitahu tentang pantang larang semasa mendulang iaitu tidak boleh terlalu banyak bercakap atau buat bising serta tidak boleh megah dengan apa yang diperolehi. Seelok-eloknya diam sepanjang proses mendulang dilakukan.

image

Selain itu, terdapat beberapa perkataan yang tidak boleh digunakan semasa aktiviti mendulang emas seperti perkataan ‘banyak’ mesti disebut sebagai ‘lebat’ dan jika mendapat emas dalam saiz yang besar ianya perlu digantikan dengan perkataan ‘kasar’. bagi pendulang emas yang sentiasa mengingati pesan orang-orang tua, mereka tidak akan berdepan dengan gangguan yang teruk dan yang paling penting, jaga kelakuan serta tidak boleh terlalu riak.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.