Lagenda Kampung Batu Lima Di Peringat, Kota Bharu

Pasti ramai antara kita yang tidak mengetahui tentang kisah lagenda yang tersimpan disebalik nama kampung Batu Lima yang dulunya dikenali sebagai Kampung Berhala Lima yang terletak di Peringat, Kota Bharu. Menurut sumber daripada Sinar Harian, lagenda kampung ini sangat menarik untuk kita cungkil buat tatapan rakyat Kelantan kerana Kampung ini dikatakan ada kaitan dengan Puteri Sa’adong yang menjadi satu lagenda yang begitu masyhur sejak zaman berzaman.

Dikatakan, sesiapa yang sampai ke tempat lima batu besar yang berada di pinggir Sungai Kemasin, Peringat,’salam’ perlu diberi terlebih dahulu sebagai tanda kita berkunjung ke tempat tersebut. Sebelumnya, kampung ini juga dikenali sebagai Kampung Tok Batu namun, selepas lima batu yang ada di situ dipuja atau Kelantan memanggilnya berhala, nama kampung ini telah ditukar kepada kampung Berhala Lima.

puja

Menurut salah seorang penduduk yang menceritakan kembali apa yang pernah diceritakan oleh nenek moyangnya, sejarah kampung ini bermula apabila, Awang Selamat yang merupakan pengawal istana yang juga merangkap pengasuh kepada Puteri Sa’adong memikul batu sehingga ke Bukit Marak. Dikatakan lima daripada batu kecil yang dipikul oleh Awang Selamat telah jatuh ke kampung ini. Manakala, batu yang lebih besar pula jatuh di Kampung Bukit Marak.

bukit marak

Dikatakan, lima batu tersebut telah dijadikan sebagai tempat persinggahan Puteri Sa’adong untuk bersiram dan bermain-main ketika waktu lapang baginda. Ramai penduduk di kampung ini telah datang memberi salam untuk meminjam barangan seperti pinggan mangkuk daripada Puteri Sa’adong lalu Puteri Sa’adong akan menghulurkan apa yang diminta oleh penduduk kampung tanpa menunjukkan wajahnya.

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, lima batu yang dilihat disini, ada yang kecil dan ada juga yang besar. Satu batu kelihatan jelujur yang kononnya merupakan hamparan Puteri Sa’adong untuk ke tempat bersiram. Di tempat bersiram pula, terdapat sebuah perigi dan ada batu yang seperti menghadang Puteri Sa’adong ketika bersiram.

kolam

Tempat ini juga pernah dijadikan sebagai tempat pemujaan oleh bomoh dan mereka yang berniat tidak baik ketika berkunjung ke sini dikatakan akan mengalami perkara pelik. Namun begitu, sehingga kini, tiada lagi sebarang pemujaan yang dilakukan sementelah kebanyakkan rakyat di kampung ini kini berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Pun begitu, penduduk kampung kini telah mengadakan perbincangan untuk menukar nama kampung tersebut kerana perkataan berhala dirasakan tidak lagi sesuai untuk digunakan. Hasil perbincangan mereka, mereka bersetuju untuk menukar nama kampung tersebut kepada Kampung Batu Lima. Sehingga kini, kesan tinggalan sejarah yang ada di kampung Batu Lima masih terpelihara dengan ekosistem kehidupan kerana ianya terletak di tepi sungai dan sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pelancongan.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.