Legeh Dan Reman, Terpahat Dalam Sejarah Kelantan

Perang yang terjadi di Kota Kubang Labu telah menyebabkan nama Legeh dan Reman turut tercatat dalam sejarah Kelantan. Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, Legeh telahpun wujud sekitar kurun ke-17. Hal ini dibuktikan apabila salah seorang anak Long Nik Dato Pujuk iaitu Long Deraman telah menjadi Raja Legeh sebelum tahun 1749 lagi.

dua_negeri

Long Deraman juga dikatakan terlibat dalam pemerintahan di Kota Jembal yang menyebabkan Long Yunus kehilangan haknya. Hal ini kerana, Long Deraman telah membunuh Long Sulaiman yang merupakan ayahanda Long Yunus yang ketika itu memegang tampok pemerintahan Kota Kubang Labu. Long Deraman kemudiannya telah melantik saudara iparnya iaitu Long Pandak sebagai Raja Kota Kubang Labu. Walhal, jika diikutkan Long Yunus lebih berhak menjadi raja Kota Kubang Labu tersebut.

Hubungan baik Long Yunus dengan Terengganu telah menyebabkan Sultan Mansur membantu beliau untuk merebut kembali haknya. Serangan pertama telah berpihak kepada Long Yunus. Walaubagaimanapun, tidak lama selepas itu, Long Pandak telah meminta bantuan daripada Long Deraman dari Legeh untuk merebut kembali takhta Kelantan. Selepas takhta tersebut jatuh kembali ke tangan Long Pandak, Long Deraman telah berdamai dengan Sultan Mansur dan mempelawa Sultan Mansur untuk tinggal di Kelantan.

Macedonia_Ipsus01_full

Sebulan Sultan Mansur di Kelantan, baginda telah melantik Long Yunus untuk memerintah Kota Kubang labu bersama-sama Long Pandak. Bagaimanapun, setelah timbulnya fitnah bahawa Long Yunus telah menyebabkan kemangkatan Long Deraman, Sultan Mansur telah memanggil Long Yunus kembali ke Terengganu dan Kelantan kembali diperintah oleh Long Yunus.

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, ibu negeri bagi Legeh adalah terletak di Ayer Lanas, Jeli. Namun, kerajaan Legeh dikatakan hilang selepas ianya dipecahkan pada tahun 1902 ditambah pula dengan Perjanjian Bangkok 1909. Pun begitu, sebagai memperingati kerajaan Legeh ini, satu kampung di Ayer Lanas telah dinamakan sebagai Kampung Legeh.

Kampong-Legeh

Manakala, kerajaan Reman pula amat terkenal dengan nama Long Ghafar yang merupakan sahabat baik kepada Long Yunus. Long Ghafar juga dikenali sebagai Putera kepada Raja Reman. Sejarah tentang Long Ghafar paling diingati apabila ianya dikaitkan dengan perang Kota Kubang Labu I dan II yang mana kedua-dua perang ini diketuai oleh beliau.

Kampung-_Lundang

Reman juga sekian lamanya dikatakan sebahagian daripada Pattani dan terletak dalam wilayah Jalor dan Legeh. Kedua-dua negeri ini sangat penting dalam sejarah Kota Kubang Labu yakni ketika era Long Sulaiman di Kota Jembal. Walaubagaimanapun, kedua-dua negeri ini dikatakan hilang begitu sahaja kerana kisah mengenai kedua-dua negeri ini tidak lagi disebut.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.