Lelaki Ditemui Lemas Di Sungai Golok, Rantau Panjang

Seorang lelaki ditemui lemas di Sungai Golok berhampiran Pos Tentera Pengkalan Haram Pak Teh Kana, Jeram Perdah jam 6.10 petang, semalam.

sungai_golok

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, mayat ditemui di tepi tebing sungai Golok dalam sempadan negara berhampiran Pos Tentera.

Menurutnya, berdasarkan siatan awal, mayat ditemui dalam keadaan tanpa pakaian dan tidak mempunyai kecederaan lain.

“Buat masa ini kita tidak dapat mengesahkan identiti mangsa kerana tiada pengenalan diri ditemui dikawasan sekitar.

“Mayat mempunyai dua tatu pada bahagian lengah kanan dan dada atas kiri malah kita dapati tiada tanda suntikan BCG pada lengan si mati,” katanya.

timthumb

Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan mendapati, punca kematian adalah akibat mati lemas.

Katanya, ahli keluarga masih belum dapat dikesan.

Menurutnya, orang ramai yang maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat atau bilik gerakan Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan di talian 09-745 0999.

Sumber:Sinar Harian

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.