Maggi Ketam Pikat Selera Pelanggan

Maggi ketam yang dahulunya viral di laman sosial kini semakin popular di kalangan penduduk Kelantan. Sebut sahaja maggi ketam pasti semuanya tahu di mana untuk mencarinya. meggi ketam ini dikatakan satu menu yang unik dan menarik hati pelanggan untuk mencubanya. Bahkan, ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mencari hidangan maggi ketam terutamanya bagi peminat-peminat ketam. Antara restoren yang popular yang sering menjadi buah mulut masyarakat setempat ialah restoren Alemy Maggi Ketam yang terletak di Cherang Ruku berdekatan dengan Pantai Tok Bali di Pasir Puteh Kelantan.

nama kedai

Alemy Maggi Ketam ini semakin popular ditambah lagi selepas adanya selebriti yang turut datang ke sini. Semestinya, kehadiran selebriti akan menyebabkan restoren tersebut menarik perhatian masyarakat sekaligus dapat mempromosikan restoren ini secara tak langsung. Alemy Maggi Ketam juga dikatakan pernah disiarkan di beberapa rancangan televisyen serta di akhbar-akhbar tempatan. Walaupun hidangan nampak ringkas tetapi dengan adanya ketam nipah yang diletakkan dalam menu tersebut menjadikannya cukup istimewa bagi peminat ketam. Justeru itu, Alemy Maggi Ketam tidak pernah lekang dengan pelanggan terutamanya pada musim cuti sekolah lantaran tempat ini sendiri terletak di kawasan pelancongan yang semestinya menjadi tumpuan orang ramai.

hidangan

Apa yang menbuatkan meggi ketam ini lebih istimewa ialah rasa ketam nipah yang segar dan dimasak dalam periuk tanah menaikkan lagi aroma dan rasa kuahnya. Sesiapa yang memandang pasti akan terpukau dengan hidangan maggi ketam yang sememangnya amat menyelerakan. Harga untuk semangkuk meggi ketam juga amat berpatutan dan tidak membebankan bagi mereka yang teringin untuk mencubanya iaitu antara RM20 hingga RM50 untuk dua ekor ketam nipah yang ditentukan mengikut saiz dan beratnya. Bagi mereka yang berbelanja RM100 ke atas di Alemy Maggi Ketam pula akan diberikan hamper percuma tetapi terhad kepada 15 orang sahaja. Hamper percuma ini akan disediakan oleh pemilik kedai pada setiap hujung bulan.

periuk tanah

alemy meggi

Selain Alemy Maggi Ketam, terdapat juga restoren-restoren lain yang turut menjual menu sebegini dan ianya juga betul-betul mendapat sambutan daripada pelanggan. Antaranya ialah restoren D’Syaz Cafe yang terletak berhampiran dengan Kem Kijang. Restoren ini juga terkenal di Kelantan kerana ketam yang dihidangkan sangat berpatutan dengan harga dan berbaloi walaupun harganya sedikit mahal bagi ketam yang besar dan ada telur. D’Syaz Cafe ini juga sering dikunjungi oleh artis popular seperi Wak Doyok. Selain daripada maggi ketam, restoren ini juga turut menyediakan menu ketam dalam pelbagai jenis masakan seperti ketam goreng kunyit, ketam goreng berempah, ketam oyster serta hidangan-hidangan panas yang lain yang sememangnya sedap.

d_syaz_cafe

masakan lain

Bagi anda yang teringin untuk merasai maggi ketam ini bolehlah berkunjung ke sini. Pastinya, hidangan yang disediakan sangat berbaloi dan tidak akan mengecewakan. Ini kerana, selain dapat merasai kenikmatan meggi ketam tersebut anda juga berpeluang untuk berkunjung ke pantai yang sering menjadi tempat pelancongan orang luar iaitu Pantai Tok Bali yang berdekatan dengan Alemy Maggi Ketam. Ini semestinya akan menguntungkan anda kerana dapat menikmati maggi ketam bersama suasana pantai yang mendamaikan jiwa.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.