Mangsa Kebakaran di Kampung Bunga Emas, Penambang Bimbang Nasib Keluarga

Keluarga mangsa kebakaran yang dipercayai berpunca dari api misteri di Kampung Bunga Emas, Penambang masih trauma dan runsing memikirkan nasib mereka selepas kejadian kebakaran berlaku sehingga menyebabkan dua kediaman termasuk rumah mereka hangus dalam kejadian terbabit.

image_5

Zainab Sulaiman, 80, atau lebih dikenali Mok Nab berkata, kali terakhir rumah mereka diganggu api misteri berkenaan adalah sekitar dua tahun lalu selepas pelbagai ikhtiar dilakukan bagi meredakan serangan tersebut.

Mok Nab berkata, api misteri kali ini kembali dan menyerang dengan lebih agresif apabila memusnahkan seluruh rumah mereka selain dikatakan sering ‘mengekori’ ke mana sahaja cucu perempuannya, Wan Nur Fatihah Wan Hanafi, 19, itu pergi.

api5

“Dua hari sebelum rumah kami hangus, api misteri muncul dengan kerap kira-kira tiga atau empat kali di rumah. Ketika itu, apinya kecil sahaja jadi kami sekeluarga tidak mempunyai masalah untuk memadamkannya.

api3

“Dalam kejadian pagi kelmarin api tersebut dikatakan muncul di bilik tengah. Wan Nur Fatihah yang melihat kejadian itu tidak mampu memadamkannya kerana api terlalu marak,”katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Wan Nur Fatihah mengakui turut trauma dengan kejadian yang berlaku, selain berasa rendah diri kerana khuatir orang ramai menuduh dirinya menjadi punca kepada kebakaran itu.

“Saya malu berdepan dengan orang ramai. Ada yang mendakwa ke mana sahaja saya pergi, tempat itu akan terbakar,” katanya yang turut menjalani rawatan perubatan Islam.

api4

Semalam, dalam kejadian yang dipercayai bermula jam 10 pagi, rumah Zainab dan jirannya musnah sepenuhnya dan api marak begitu cepat sehingga menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Sumber:Sinar Harian

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.