Masih Hidupkah Wayang Kulit Di Kelantan?

Wayang kulit Melayu dipercayai berasal dari Tanah Jawa dan dibawa ke kemboja oleh seorang putera raja Kemboja yang dikenali sebagai Jaya Verman II. Jaya Verman sangat tertarik dengan persembahan wayang kulit serta falsafah yang terkandung di dalamnya. Untuk itu, beliau telah mengubahsuai wayang kulit tersebut untuk dibawa ke kemboja tanpa ada sedikit pun persamaan dengan wayang kulit di tanah Jawa.

rama

Watak-watak dalam wayang kulit Kemboja telah berasaskan kepada cerita Ramayana. Dikatakan, daripada sinilah. bermulanya asas wayang kulit lain seperti wayang kulit Siam dan wayang kulit Melayu yang lainnya. Wayang kulit ini dipercayai telah wujud lebih dari 3000 tahun di Indonesia dan mula berkembang ke semenanjung Malaysia kira-kira beberapa ratus tahun yang lalu.

wayangkulit05

Wayang kulit yang berasaskan daripada cerita Ramayana kerap dimainkan di Pattani, Kelantan, kedah dan Perak pada awal abad ke-9. Wayang kulit ini juga turut berkembang di Pahang, Selangor, Negeri sembilan dan kawasan lain di pantai timur Johor apabila “Dalang” wayang kulit mula mengembara dan membuat persembahan di tempat yang disinggahi.

Sebilangan besar “Dalang” wayang kulit mula bertapak dengan kukuh serta berjaya menjadikan wayang kulit sebagai tradisi dan budaya dalam masyarakat Melayu terutamanya dalam masyarakat kelantan. Dipercayai pemahaman yang mendalam terhadap Islam telah menjadi falsafah dan pegangan dalam persembahan wayang kulit.

siam

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, peranan “Dalang” sebagai bomoh dalam masyarakat melayu merupakan antara asas yang dikekalkan dalam tradisi wayang kulit di Kelantan. Dalam erti kata lain, “Dalang” berperanan sebagai suara watak dan bomoh yang akan membaca jampi sarapah. Kebiasaannya, dialog dalam persembahan wayang kulit akan diubahsuai mengikut kesesuaian loghat setempat agar ianya dapat difahami oleh masyarakat.

Dikatakan, persembahan wayang kulit mempunyai semangat atau kekuatan spiritualnya yang tersendiri dan ianya mampu menimbulkan malapetaka. Spritual yang ada dalam wayang kulit ini dipercayai mampu menggerakkan hati seseorang. Penghayatan yang tinggi oleh pendukung wayang kulit akan menimbulkan rasa takjub yang tinggi dalam seni persembahan wayang kulit tersebut.

ihsmvbi73/siam2

Pada zaman dahulu, wayang kulit sering digunakan dalam penyebaran agama dan seterusnya digunakan juga dalam bidang pendidikan serta sebagai penerangan terhadap sesuatu perkara. Dalam dunia moden kini, wayang kulit dikatakan telah mengalami banyak perubahan yang membolehkannya untuk menyesuaikan diri dengan penampilan yang telah bebas dan kreatif. Perubahan pada wayang kulit ini dilakukan agar ianya tidak dipandang lapuk oleh masyarakat moden.

wayang kuliat

Persembahan wayang kulit ini juga lebih dekat dengan nilai-nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan. Disebabkan itulah, wayang kulit dijadikan sebagai salah satu tradisi kesenian negara. Nilai-nilai yang didasari oleh wayang kulit ini merupakan nilai-nilai ke arah pembangunan masyarakat yang berjaya diserap ke dalam diri setiap masyarakat.

Namun, kini jarang sekali persembahan wayang kulit yang dapat kita saksikan lantaran wayang kulit kini tidak lagi dipersembahkan secara meluas sepertimana pada zaman dahulu. Kebanyakkan wayang kulit kini hanya diadakan di acara-acara tertentu dan dianjurkan oleh badan-badan penubuhan tertentu . Bahkan, jarang sekali diadakan oleh orang perseorangan.

wayang

Persoalannya, adakah masyarakat zaman moden kini masih mengetahui tentang kewujudan wayang kulit dan fungsinya dalam masyarakat? Adakah, masyarakat kini masih menghargai tradisi peninggalan nenek moyang yang dahulunya sering dipersembahkan dengan bangga dan meriah? Atau mungkinkah,wayang kulit ini juga akan terus hilang ditelan zaman?.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.