Menariknya Air Terjun Lata Berangin Kuala Krai

Air Terjun Lata Berangin terletak di Rancangan Pembangunan Tanah RPT KESEDAR Sungai Pas. Untuk sampai ke sini, pelancong boleh mengunjunginya melalui jalan yang terletak di antara lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang. Lata Berangin ini mempunyai air setinggi 120 meter dan telah menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri. Kolam yang terdapat di kawasan tersebut juga selamat untuk aktiviti mandi-manda.

lata

Selain itu, kawasan Air Terjun Lata Berangin juga sesuai untuk dijadikan sebagai tempat perkhemahan secara berkumpulan. Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, Air Terjun Lata Berangin ini, terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Kuala Krai dan sangat mudah utuk dikunjungi.

berangin

Seperti kebanyakan air terjun di kawasan yang lain, panorama yang terdapat di Lata Berangin ini juga tidak kurang hebatnya. Terdapat pelbagai spesies flora dan fauna yang menghiasi alam sekeliling yang tidak jemu mata memandang. Suasana di Lata Berangin ini juga tenang dan jauh dari kesibukkan bandar.

lata2

Air terjun ini dikatakan diberi nama Lata Berangin kerana angin yang terdapat di kawasan kolam utama air terjun tersebut. Menurut pengunjung, udara di kawasan Lata Berangin ini sangat nyaman dan elok untuk dijadikan sebagai destinasi riadah bersama keluarga.

berangin2

Di sini juga merupakan tempat yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin merehatkan minda khususnya bagi mereka yang ingin melepaskan diri daripada bebanan kerja dan tekanan hidup di bandar. Diharapkan, Lata Berangin ini akan terus terjaga keindahannya dan tidak tercemar dengan apa-apa pencemaran apatah lagi dijadikan sebagai sarang maksiat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.