Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tidak Berminat Jawatan Presiden

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Rosmadi Ismail mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan presiden pada kongres badan induk itu yang akan berlangsung pada 17 September ini.

image_2

Rosmadi berkata, bagaimanapun dia tidak menolak kemungkinan untuk bertanding kerusi timbalan presiden atau kekal dengan jawatan sebelum ini.

“Saya akan putuskan perkara ini dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

kelantan

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu Bibi Ramjani Ilias Khan dan Naib Presiden Kafa Datuk Muhammad Nasir Hamzah menawarkan diri untuk mengepalai badan induk itu untuk penggal 2017-2021.

su_04.1-2-

Selain itu, dua lagi tokoh usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman dan Presiden Kumpulan Secretleaft Internasional Sdn. Bhd Amir Ramadzan turut menyatakan kesediaan untuk menerajui Kafa.

Sumber Utusan Online.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.