Kota Bharu Sebagai Ibu Negeri kelantan

Kota bharu merupakan ibu negeri kelantan yang dibuka pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai dijadikan sebagai ibu negeri Kelantan lantaran ianya sering diancam banjir. Pun begitu kawasan penempatan di sekitar Kota Bharu ini telah lama diterokai bahkan sebelum ianya dirasmikan oleh DYMM Sultan Muhammad II lagi. Kota Bharu ini terletak berhampiran dengan Sungai Kelantan.

kb

Baginda Sultan Muhammad II dikatakan telah beremayam di sebuah istana yang digelar “Kota Bharu” bersempena nama kota yang baru dibuka oleh baginda. Nama istana tersebut akhirnya ditukar kepada Istana Balai Besar yang kekal sehingga ke hari ini. Nama istana ini ditukar agar ianya tidak mengelirukan masyarakat untuk membezakan antara bandar dengan istana.

istana

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, sejak Kota Bharu dirasmikan sebagai ibu negeri Kelantan, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat kerana ianya telah menjadi tumpuan penduduk. Sehingga hari ini, Kota Bharu megah berdiri dan telah muncul sebagai sebuah bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia serta cukup terkenal dalam kalangan masyarakat luar dari pantai timur.

bandar

Rata-rata tahu bahawa Kota Bharu sememang terkenal dan kaya dengan budaya yang unik yang tdak ada di tempat lain. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, DYMM Sultan Al-Sultan Kelantan telah mengisytiharkan Kota Bharu sebagai “Kota Budaya”. Beberapa tahun selepas itu yakni pada 1 Oktober 2005, sekali lagi ibu negeri kelantan ini diumumkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran “Kota Bharu Bandar Raya Islam”. Hal ini membuktikan bahawa Kelantan amat mementingkan budaya tradisi di samping memelihara agama Islam.

kota

Sementara itu, dalam sejarah Perang Dunia Kedua pula, Kota Bharu merupakan satu salah daerah yang cukup penting untuk diingati. Hal ini kerana, Kota Bharu merupakan tempat pertama kali Jepun mendarat. Kawasan perairan telah menjadi tumpuan tentera Jepun kerana ianya merupan tempat yang strategik. Pendaratan tentera Jepun di Kota Bharu ini telah membawa kepada kejayaan mereka menakluk Kota Bharu pada tahun 1941.

jepun

Namun begitu, seperti yang dimaklumkan, Kota Bharu kini telah berkembang dengan pesat dan menjadi pusat tarikan pelancongan lantaran Kota Bharu mempunyai banyak tempat yang cantik dan menarik. Dalam Kota Bharu ini juga memuatkan banyak bangunan bersejarah yang boleh dilawati khususnya bagi mereka yang ingin mengimbau kembali zaman penjajahan jepun dahulu kala.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.